Bila kita rindukan seseorang (atau ramai orang), sudah tentu kita akan sentiasa teringatkan dia (atau mereka). Biarpun jauh, terasa dekat di hati. Biarpun tak nampak depan mata, tapi seakan-akan nampak je selalu..kan?
Bila rindu mula memain-mainkan perasaan, kenangan dan memori bersama mula melompat-lompat dalam ingatan. Mulalah, teringatkan ‘pengat pisang’, ‘cendawan goreng’, ‘pasar malam’, ‘restoran Azura’, ‘BBB’ dan sebagainya. (alamak, apesal semuanya pasal makanan ni??)
Dan kerinduan itu semakin menyengat bila terbaca akan hal ni..
Nah. Isunya sekarang bukan tentang ‘pengat pisang’ tu. Rasanya kah, warnanya kah, manisnya kah, sedapnya kah. Tidak. Isunya sekarang adalah, bagaimana ‘pengat pisang’ itu mampu menjadi pengikat hati kami.
Saya, kurang menggemari ‘pengat pisang’ dan segala macam pengat yang ada di muka bumi ni. Namun, kerana saya sangat sayangkan kawan saya 5 orang ni, yang suka makan ‘pengat pisang’, saya akan jadi teruja apabila melihatnya. Teruja untuk membeli dan menghadiahkannya kepada mereka sebagai tanda cinta dan sayang saya pada mereka. Biarpun saya tidak menggemarinya, saya suka dan bahagia melihat mereka suka dan bahagia menjamah ‘pengat pisang’ tersebut.
Pagi tadi di Radio IKIM, sempat jugalah saya dengar motivasi pagi daripada Ust Hasrizal. Bercakap tentang persoalan hubungan dan rumahtangga. Ada tiga tingkatan dalam suatu perhubungan suami isteri. SAKINAH, apabila kita menemui suatu macam ketenangan. MAWADDAH, ujian yang datang dan membawa kepada cinta yang bertambah-tambah. RAHMAH, kasih sayang belas ihsan. Kemudian, DJ radio, Siti dan Pian, membincangkan pula mengenai persoalan hubungan yg lebih luas (persahabatan, persaudaraan, suami isteri- maaf, tak ingat tajuk). Tapi, ada kait mengaitnya dengan isu yang dibincangkan ust Hasrizal itu tadi dan mungkin ada kait-mengaitnya dengan cerita saya kali ini.
3 tahun lepas, kami bergerak secara duet. Mariam + Sakinah, Atisya + Amalina dan Hajar + Asma. Entahlah macam mana, tiga pasang duet ini mula rapat. Sentiasa dalam kumpulan yang sama dalam kerja kumpulan, makan bersama-sama, ke kuliah bersama-sama sehinggalah ke tahun akhir pengajian kami. Banyak perkara yang kami lakukan bersama. Asal ada masa lapang, tentu akan keluar pertanyaan ini. “Hari ni kita nak ke mana?” (huhu)
Serius. Saya sangat sayangkan mereka. Mariam a.k.a Yam, kelakar, kuat, tabah dan paling penting, bersifat keibuan (ececeh~). Atisya a.k.a Tisya, sabar, sangat supportive dan akhir2 ni kami menggelarnya datin. Haha, rahsia kami berenam. Sorry tak boleh bagitau...~. Amalina a.k.a Amal, rajin, bersungguh dan cepat pening kalau banyak pilihan depan mata. (masihkah kau ''seperti dulu'' Amal? Harap faham apa maksudnya. Haha) Hajar a.k.a Kak Aja, sangat bersifat kekakakan dan hebat dalam men’stalk’ rujukan assignment dalam internet. Sangat membantu ok... dan, Asma a.k.a Kak As, orang yang SANGAT tenang dan cool. SANGAT ye. Orang tengah kelam kabut, dia boleh rilek lagi. Hehe. Sakinah?? Tak perlu la saya cerita. Sebab ini bukan cerita tentang dia. Huhu.
Apa pun, dengan secara terbukanya, saya ingin katakan pada dunia, bahawa saya sangat merindui YAM, TISYA, AMAL, KAK AJA dan KAK AS!!!! Maafkan saya atas segala salah silap dari kita mula kenal nama, sampailah sekarang. Terima kasih kerana sangat memahami keadaan diri ini yang sangat-tak-cukup-tangan kadang-kadang. Bantuan-bantuan kalian (especially tang assignment tu, huhu), sangat–sangat berterima kasih lah! Terima kasih kerana sentiasa menceriakan hidup-hidup saya sepanjang kita bersama di UKM. (alamak, kenapa skema sangat ni!)
Tolong, jangan lupa tentang kenangan pahit manis suka duka seronok penat kita sepanjang 3 tahun ni. Walaupun kita tak selalunya berhubung sejak kita keluar dari kepompong UKM ni, sentiasalah ingat tentang ‘pengat pisang’, ‘kerepek KESKA’, ‘payung FST’, ‘study-sempena-exam-kat-bilik-kolej –zaaba’ dan banyak lagi kalau nak diluahkan di sini.
Percayalah, walaupun saya bakal belum bersuami, selain daripada keluarga dan sahabat2 yg lain, dengan kamu berlima, saya ketemu dengan SAKINAH, MAWADDAH dan RAHMAH.
I LOVE U’OLS, UHIBBUKUNNA FILLAH ABADAN ABADA~~
p/s: pengat pisang punya pasal, tak pasal2 jadi cerita. huhu
inilah persahabatan yg ada keunikan - pengat pisang~ comel ^_^
BalasPadamhargai waktu bersama2 mereka =)
abadikan kenangan dengan teknologi yg ada..