Semalam
“Kaklong, kalau pergi Alphabet (sejenis kedai yg menjual buku dan alat tulis) atau kedai, kalau jumpa diari yang berkunci tolong belikan eh..”
“Ada banyak benda dalam hati adik tau..”
(haha.gelak dulu puas2 dlm masa yg sama kagum dengan ayat yg digunakan budak ni)
“Wah....'banyak benda dalam hati adik'....nanti kalau kaklong beli, kuncinya kaklong yang simpan eh?”
(diam- mungkin tengah berfikir, kalau kunci tu bagi kaklong, nanti..................)
Pagi tadi
Terbaca sesuatu di papan putih yang berkaki..
Ok..budak ni memang betul2 serius.
Petang tadi
"Nah.."
Yang biru untuk kakak, yang ungu untuk adik. (bersempena dengan warna kegemaran mereka. Fuh~ memang ini je stok yang tinggal. Memang rezeki budak-budak ni. Alhamdulillah)
Owh, kenapa dua? Sebab adik saya kembar. huhu. Mesti mau ADIL maaa...
Dulu, pernah juga saya belikan buku log nipis untuk kakak melukis, kerana dia yang minta.
Biarlah dia penuhkan buku tersebut dengan lukisan imaginasi dia tu. Mana tau boleh kalahkan Dato' Lat. Atau jadi macam Zunar ke...kan?
Biarlah yang seorang lagi tu, nak tulis ‘banyak benda dalam hati adik’ tu. Mana tau satu hari nanti jadi penulis terkenal ke. Jual buku, best seller pulak tu.
Sebab tu, saya tak kisah bila kakak mintak belikan buku log panjang yang nipis, untuk dia melukis.
Sebab tu, saya tak kisah bila adik mintak belikan diari yang berkunci, untuk dia menulis.
Saya buat ini semua kerana saya percaya dan yakin bahawa,
Setiap anak itu ada potensi dan,
Setiap anak itu UNIK.
p/s: Pergh, diari berkunci sekarang maju kot. Dulu pakai mangga dan kunci. Sekarang pakai kod2 rahsia pulak. Hebat2..
p/s: Pergh, diari berkunci sekarang maju kot. Dulu pakai mangga dan kunci. Sekarang pakai kod2 rahsia pulak. Hebat2..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan