Sementara menunggu sampel dipanaskan dalam ketuhar, kembali semula ke meja, lalu menghadap komputer riba.
Tengok komputer riba. Owh, kurang menarik hiasan skrinnya.
Tengok komputer riba. Owh, kurang menarik hiasan skrinnya.
Lalu, menyelongkar fail-fail yang disimpan.
Yes!! Dah jumpa sesuatu dalam folder ~INNER PEACE~
Akhirnya, suatu transformasi berlaku. (owh, bukan Transformer ye. Komputer riba saya tak boleh bertukar jadi robot lagi. Nantilah, saya usahakan.)
Ok. Jangan terkeliru. Umur saya bukan 12 tahun tapi dah 22 tahun ok... Tapi saya suka tengok gambar-gambar seperti di atas. Bukan sahaja menceriakan hidup dan hari saya, malah sangat menenangkan. Yang tenang untuk saya, tak semestinya menenangkan untuk kamu, betul?? Kan ~AKU BUKAN KAMU~..hehe.
Tengok kalender.
Owh. I Julai dah hari ni.
Owh. 29 Rejab dah hari ni.
Sudah separuh tahun kita lalui tahun 2011 ini.
Sudah separuh tahun kita lalui 1432 H ini.
Rejab bakal meninggalkan kita, Syaaban pula bakal datang, Ramadhan pula sedang menunggu.
Namun, apa yang dah kita lakukan sepanjang separuh tahun ini?
Baikkah atau burukkah?
Rasa macam nak tanya je, 'teman setia' kita yang sentiasa menulis amal baik dan jahat kita ni.
"Apa yang kamu tulis dan rekodkan tentang aku ye, wahai Rakib dan 'Atid??"
Dan akhirnya, kita berbual dengan Allah..(ni dialog saya, tak tau la kamu punya macam mana. Boleh ikut kalau nak..)
''Ya Allah, jauhkanlah dan lindungilah aku daripada syaitan-syaitan yg sangat jahat ni...
Ya Allah, ampunkan aku, atas segala dosa dan salah silapku.
Ya Allah, terimalah segala niat dan perbuatan baikku.
Aku tak tahu sebanyak mana pahala aku, tapi aku terus nak buat baik dan sentiasa dekat dengan Kau, ya Allah.
Aku pun tak tahu sebanyak mana dosa aku, tapi aku akan cuba sekuat mungkin untuk menjauhi perkara-perkara yang akan buat Kau murka pada aku, ya Allah.
Ampunkan aku ye Ya Allah.
Dan mudahkanlah segala langkah dan urusanku yang semakin hampir ni Ya Allah.....
Kuatkan hati dan tubuhku keseluruhannya, juga sahabat-sahabatku.
Limpahi bantuanMu kepada kami nanti Ya Allah.
Agar segala cabaran dan rintangan dapat kami tembusi dan lalui dengan baik..
Ameeennn ya Rabbal 'alameennn"
..:: SEE YOU IN K.L!!! ::..
Amin ya Allah..
BalasPadamp/s : kenapa comel sangat >.<
err...sy x pasti nak soal balik macam mana..
BalasPadamadakah,
APA yg comel?? atau...
SIAPA yg comel??
muahaha~
err, sy merujuk kepada APA yang comel - cup cake tu.. bukan SIAPA yg comel??
BalasPadamkalau SIAPA? apakah mok nk mengaku kecomelannya??
=)
Jangan puji, nanti dia terbang tak kembali ke bumi.. Susah nak tangkap nanti...
BalasPadamHaha..
BalasPadamSudah, Sudah, Sudah..!
Memang cupcake tu sgt comel ok...