Ini bukan cerita pasal mutiara di lautan, ataupun cerita tentang kisah hidup Kino, Juana dan anaknya dalam novel The Pearl. Bukan, bukan pasal semua tu. Tapi cerita ini tentang mutiara yang tak dapat dilihat oleh mata kasar, tapi dapat dirasai oleh lubuk hati yang dalam. (Cewah)
Diceritakan pada suatu hari, saya berkelapangan dan diizinkan Allah Taala untuk menghadiri satu majlis ilmu, yang tak berapa nak jauh la, tapi jadi jauh disebabkan kelemahan dan kesilapan diri sendiri. Tapi disebalik kesilapan tu, banyak jugak la mutiara saya kutip.
Dalam satu slot, ustaz (penceramah) menghuraikan tentang AKHLAK DAN DISIPLIN. Kata ustaz, kita mestilah mencontohi Nabi, sebelum menjadi contoh kepada orang lain. Ustaz juga ada huraikan perkataan yg berasal daripada huruf, 'jim', 'ha' dan 'dal' (sangat menarik, sebab saya tak pernah tau pun sebelum ni), iaitu ''al-JAHDU'', ''al-JUHDU'' dan ''al-JIHAD''.
Untuk menambahkan keseronokan membaca, izinkan saya melibatkan alat-bantu-bercerita saya dalam cerita ini ye. Mungkin nampak agak 'tradisional', tapi saya peduli apa. Hihi.
Nah, itulah maksud kepada perkataan-perkataan tadi. Ustaz kata lagi, 'usaha sungguh-sungguh sampai penat' inilah akhlak seorang mujahid dalam gerakan Islam. Jadi, dimana kita? al-JAHDU, al-JUHDU, atau JIHAD?? Saya pun tertanya-tanya, yang mana satukah saya??
Kemudian, ustaz ada menambah, tentang sifat SABAR. Katanya, Allah takkan beri rezeki yang luas, melainkan rezeki sabar. Sabar itu ada 3 : (mohon izin sekali lagi..)
1) as-sobru 'alal masoib = sabar atas musibah
2) as-sobru 'ala fi'lul khairat = sabar melakukan perkara baik
3) as-sobru 'ala tartilul makanah = sabar meninggalkan perkara yang tak disukai
Dan kalau kita sabar dengan ujian Allah dan bertakwa kepadaNya, nescaya Allah akan kurniakan kepada kita rezeki yang tak disangka-sangka. Rezeki yang macam mana ye? Ntah la. Dah namanya pun tak disangka-sangka, mestilah tak boleh nak sangka...betul tak?
Seperti kata Allah dalam ayat 1000 dinar (surah at-Tolaq: 2-3)
Kemudian, dalam satu sesi slot perkongsian, ada seorang sahabat berkongsi tentang 'Siapakah sebenarnya orang yang berjaya?'. Katanya, perkongsian inipun dia dapat masa Khutbah Jumaat. So, kalau ada yang kata takde input nak bagi masa tazkirah, habis tu, khutbah Jumaat yang korang (muslimin je) pergi tiap-tiap minggu tu apa? (Eh, tak marah...saje je cakap, siapa makan cili dia terasa pedasnya. Kalau makan tomato, rasalah masamnya, kan?)
Dia bacakan Surah al-A'la ayat 14 yang bermaksud :
"Sesungguhnya berjaya dan beruntunglah orang yang menyuci (membersihkan) jiwanya."
Siapa sebenarnya orang yang berjaya??
Pada pandangan Allah,
Bukan yang berjaya pada akademik, sebab ada yang sebaliknya. Kadang-kadang, orang yang tak berjaya tu membantu mem'berjaya'kan orang yang berjaya tu. (berbelit, tapi faham kan?)
Bukanlah yang berjaya tu, pada kekayaannya, sebab ada yang miskin. Dan yang miskin tu kadang-kadang menjadi asbab kepada orang yang kaya tersebut menjadi kaya.
Jadi, yang benar-benar BERJAYA pada sudut pandangan Allah, adalah seperti yang dimaksudkan dalam firman Allah Taala di atas. Orang yang benar-benar BERJAYA, adalah orang YANG MENYUCIKAN JIWANYA( dgn taat dan amal soleh). (boleh baca sambungan ayat yang seterusnya)
Wallahutaala a'lam.
Maka, Jihad, Sabar dan Berjaya. Inilah mutiara yang saya maksudkan. (^_^)
Pesanan penaja : ~Renung-renungkan dan selamat beramal~
very nice, tak sia2 mengisi kekosongan hari tu..
BalasPadamAlhamduliLlah, terima kasih dan teruskan perkongsian mutiara yang sangat baik...
with ur own beautiful way!! indeed...