Semalam,
Kaki ini melangkah...
Bertemankan degupan jantung yg kencang,
Perut yg kelaparan,
Tangan yg kesengalan,
Jiwa yang keresahan,
Otak yg kerisauan,
Menuju suatu destinasi mengambil suatu kepingan,
yg bakal menuntut 1001 pengorbanan....
Bersama seorang teman,
Meluahkan segala isi hati dan perasaan..
Hanya kerana satu kepingan,
Membuatkan diri terasa kekerdilan..
Penuh dengan soalan
Bermain di fikiran
“mampukan aku lakukan???”...
Hari ini,
Kaki melangkah lagi..
Menuju destinasi berbeza namun keadaan tetap sama...
Masih dgn degupan jantung yg kencang,
Perut yg kelaparan,
Tangan yg kesengalan,
Jiwa yang keresahan,
Otak yg kerisauan,
Melihat papan kenyataan...
Berdiri di situ tidak lama,
Kerana diri ini tidak sama,
Dengan teman-teman lain yg gembira...
Akhirnya..Ku biarkan saja mereka,
Dengan rezeki yg mereka terima...
Dan aku..
Tetap jua dgn kaki yg melangkah,
Membawa hati yg pasrah..
Ku nasihatkan diri sendiri,
Usah kecewa kerana rahmat Allah maha luas,
Apa yg terjadi adalah kerana diri sendiri..
Teruskan memaksa diri,
Menuju puncak yg tertinggi...
Ku pujuk lagi hati,
Jgn biarkan kesedihan memakan diri...
Yg penting ...
Berjaya di akhirat menjadi penghuni Firdausi,
Itu yg lebih abadi......
Terima kasih buat yg sudi mengingatkan...
“Hidup ini terlalu luas dan terlalu indah untuk ditangisi. Tiada apa yang perlu ditangiskan kerana rahmat Allah yang luas dan berada di mana-mana. Hebat sungguh kasih dan sayang Allah, sehingga tiada ruang untuk berduka cita, terutama bagi mereka yang beriman dan percaya kepada kehidupan akhirat yang lebih kekal dan abadi”
menulis dari hati mmg yg terbaik. . . .
BalasPadamsekilas pandang
betapa amanah tak terlaksana
sekilas pandang
suntuknya masa
mengurus diri, keluarga dan jemaah
Kau timpakan aku pelbagai dugaan
menguji iman
hati perasaan
masa dan kemahuan
"dalam perjuangan, perlunya pengorbanan"
apa yg kita 'korbankan' itu adalah milik Allah..
Moga Allah kuatkan hati-hati kita..
Demi kasih dan sayangNya, Dia mengurniakan kita sahabat. Sentiasa ada untuk membantu... :-)
BalasPadamTeruskan!!!