Rabu, 6 Oktober 2010

Perempuan dan kereta sport

Semalam, Zikri (10 tahun umurnya) datang kpd saya dan bertanya..


“Ustazah, kenapa orang perempuan suka tengok lelaki naik kereta sport?”

Kekhusyukan saya memeriksa bacaan Zefry pada waktu itu agak terganggu dengan soalan ‘mengancam’ daripada Zikri. Lantas saya memberhentikan Zefry dan menjawab soalan Zikri.

“Haa?? Kenapa tanya soalan macam tu (saya dah tersenyum-senyum dek geli hati dgn soalan tersebut). Tak semestinya laa..tak semua perempuan macam tu. Ustazah tak macam tu pun...”(padahal Zikri tak tanya pun samada saya suka tengok lelaki naik kereta sport ke tak. Haha)

Dengan dahi berkerut, Zikri menjawab..

“Kenapa saya tengok ramai je macam tu..tengok laki naik kereta sport je excited” (sambil menunjukkan gaya excited)

Kelu. Tak terjawab saya waktu tu. Disebabkan masih ramai lagi yang lebih perlukan perhatian saya waktu tu, maka saya tinggalkan Zikri dengan persoalannya yg masih belum terjawab dgn sempurna.

******

Hari ini, usai memeriksa bacaannya, saya pula yg tanyakan pada Zikri tentang soalan semalam.

“Kenapa Zikri tanya ustazah pasal kenapa perempuan suka tengok lelaki naik kereta sport semalam??”

Elzyra, muda setahun drpd Zikri , yg sedang duduk di sebelah saya waktu tu menyampuk..

“Sebab kereta sport kan cantik...laju...”

Jawab Zikri pula...

“Takdelah...saya tengok kat TV tu, semua cerita macam tu..perempuan2 tu pakai seksi2, pastu ngorat laki yg naik kereta sport tu. Dia ngorat laki tu sebab nak kereta tu..bukan dia nak laki tu.. dia nak kereta tu sebenarnya...”

Owh, barulah saya faham. Lantas saya tanyakan pula soalan pada Zikri..

“So, Zikri rasa macam mana? Elok ke macam tu??”

Zikri menggelengkan kepalanya. Saya tanyakan lagi soalan padanya..

“So, Zikri rasa perempuan tu macam mana? Apa pandangan Zikri tentang perempuan tu??”

Dengan nada keras, Zikri menjawab..

“TAKDE AKHLAK!!”

Pergh!! Kalau la perempuan2 seksi tu dengar, kena kau sebijik! (Kalau terasa la kan...)

Bercampuk aduk perasaan saya. Bangga dan lega, kerana Zikri benci dgn perkara-perkara yg tidak elok. Sedih, apabila memikirkan bentuk dan keadaan media dan hiburan yg disajikan kepada masyarakat kita pada hari ini. Risau, tentang nasib anak-anak muda seperti Zikri yg banyak terdedah dgn perkara-perkara yg ‘terbuka’ seumpama itu.

*******

Kembali semula kpd soalan Zikri, kenapa perempuan suka tengok lelaki naik kereta sport?

Kenapa ye..?
Entah...saya macam takde perasaan ‘istimewa’ je tengok lelaki naik kereta sport.
Sebab tu ‘gagal’ menjawab soalan Zikri dgn baik... =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan