Alhamdulillah diizinkan oleh Allah Taala utk tangan ini menaip, otak berfikir, mata melihat dan telinga mendengar. Kalaulah blog ini dianalogikan kepada sebuah rumah, tentunya sekarang ia sudah berdebu, berhabuk malah bersawang. Tapi tak mengapa, asalkan ianya tidak berkubur, itu sudah memadai. Moga Allah terus mengurniakan ilham kepada saya untuk terus menulis dan mendetikkan hati kamu semua untuk membacanya. Ambillah yang bermanfaat, manakala yg lagho tu boleh buang jauh-jauh dan campak ke tong sampah. =)
Beranikah atau sampai hatikah anda untuk menolak pelawaan kawan anda yg ikhlas untuk membelanja anda makan A.B.C? Saya jamin, takkan ada seorang pun menolak. Kalau ada pun mungkin dia sedang sakit gigi ataupun sudah kenyang, huhu. Bukanlah tujuan saya kali ini untuk menceritakan pengalaman saya dibelanja makan A.B.C oleh kawan saya. Jauh sekali untuk bercerita tentang keenakan dan kelazatan rasa A.B.C tersebut. Ataupun, mencadangkan kedai manakah yang menjual A.B.C paling sedap dan murah di Malaysia ni. Tetapi cuba untuk sama-sama berkongsi pendapat tentang makna A.B.C dalam hidup para pemegang amanah.
Pemegang amanah yg saya maksudkan boleh jadi seorang pemimpin, atau seorang daie, atau seorang ahli gerakan, atau sesiapa pun yg di bahunya terpikul tanggungjawab yg perlu dilaksanakan. Sejak kebelakangan ini, persoalan SIKAP seringkali menjadi topik perbincangan saya dengan sahabat sekeliling. Kadang-kadang, secara peribadinya, saya takut untuk mengkritik sikap orang lain kerana dengan rasa penuh sedar, banyak lagi perkara yg perlu saya perbaiki dan pelajari. Dan dalam keadaan penuh sedar juga, sebenarnya, daripada sikap orang lain itulah kita dapat belajar sesuatu.
Dalam buku “Sekolah Kehidupan” yg dikarang oleh Habin Faisal Mohamed, pada muka surat 118, ada menyatakan, “kita memilih pandangan kita terhadap seseorang. Apabila kita mahu menyukai seseorang, kita bersabar dengan kelemahannya. Apabila kita mahu meradang dengan seseorang, kita memberi tumpuan kepada cacat celanya. Yang menentukan perasaan kita terhadap seseorang bukanlah PERLAKUANNYA tetapi SIKAP KITA”.
Dalam diri setiap pemegang amanah bagi saya, perlu ada unsur A.B.C ini.
A – amanah. (sudah namanya pun pemegang amanah, tentulah perlu untuk berlaku amanah pada amanah yg dipikul. Saat amanah sudah terpikul, laksanakanlah sebaik mungkin. Saat kita mula terasa ‘malas’, ‘penat’ atau ‘tak larat’ dengan amanah kita, cuba fikir sejenak. Nak jawab apa depan Allah Taala nanti? Kalau berani dan dah terfikir nak jawab apa, ‘silakanlah’ utk tidak amanah )
B- belajar. (tiada manusia yg dilahirkan ilmu penuh di dada. Jadi, tiada salahnya untuk terus belajar. Belajar dan terus belajar. Belajarlah untuk menambah ilmu, belajarlah daripada kesilapan, belajarlah untuk menjadikan diri sentiasa lebih baik dari hari ke hari)
C- checklist. (manusia sentiasa lupa. Lakukan checklist tugasan, amanah dan paling penting amalan-amalan seharian kita. Cukupkah solat kita? Baca ke tidak ma’thurat? Berapa helai muka surat al-Quran yg kita dah baca sepanjang hari ini? Jujur dengan checklist yg dibuat dan muhasabah diri setiap hari)
Persoalan amanah bukan perkara main-main. Tak seperti mencampur-campur bahan kimia yang diibaratkan seperti membuat A.B.C. Malah, bukanlah juga seperti nikmatnya dapat makan A.B.C. Jauh sekali seperti yang selalu dikatakan orang-orang berkulit putih, “as simple as ABC”. Saya petik lagi dari buku “Sekolah Kehidupan”, muka surat terakhir, “Prestasi luarbiasa datangnya dari komitmen yang luarbiasa. Ramai yang menyangka bahawa mereka yang hebat di dunia ini kerana bakat semulajadi mereka. Sebenarnya, mereka menuntut komitmen yang tinggi kepada prestasi terbaik daripada diri masing-masing”. Bak kata sahabat-sahabat saya, “yang penting adalah KESUNGGUHAN”.
Hmm..cukuplah setakat ini dulu saya membersihkan blog ini dari habuk, debu dan sawang-sawang yg tak kelihatan dengan pandangan mata kasar. Pendapat yang dangkal daripada saya ini boleh saja diterima mahupun ditolak. Terima kasih kerana membaca~
~Pandanganku mungkin berbeza daripada pandanganmu~
Abc yang sangat sedap dan sangat berkhasiat.
BalasPadampatutlah rse rindu je..rupe2nye rindu nk bc post trbaru ko,hehehehe,terasa x?yup dalam gerak kerja ni apa2 hal sikap nk kne settle,hal2 remeh jd besar n mmbantutkn kerja yg besar sumenya masalh sikap,pendek kata masalah hati btul,aduyyaii
BalasPadamto albariti: ABC Special free..x dpt kat mana2, kat sini je ada...
BalasPadamto sarah: terharu biru dgn kenyataan berani drpd sarah (lain kali rindu la selalu lagi...hehe..;p)
Masalah hati sebenarnya selalu dibesar2kan..btul x? Kena prevent diri kita semua daripada virus 3M (manja, merungut, merajuk).
Jiwa kena besar, bak kata org... Amacam Sarah? Jom besarkan jiwa kita!!~ ;)
dah lama tak makan ABC...
BalasPadamSantapan ABC Rohani...
saf: moga kenyang dgn santapan ni, insyaAllah... :)
BalasPadamtersangat menarik!!
BalasPadambleh improve lg n gunakan mata pena terus menulis kebenaran =)