Rabu, 1 September 2010

Merdeka Cara Tersendiri

Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yg ke-53. Angka 53 bukanlah satu nilai yg kecil malah jika Malaysia diumpamakan seperti seorang manusia, sudah tentu ia telah mencapai tahap kematangan yang tinggi dan semakin menghampiri usia pencen.

Setiap kali perkataan MERDEKA menjadi buah mulut ramai, tentunya nama Tunku Abdul Rahman, Dato' Onn Jaafar dan sebagainya lebih dikenali berbanding Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan tokoh-tokoh agama lain yang turut berperanan penting. Saya juga difahamkan bahawa fakta sejarah kemerdekaan negara kita ini ada yang telah diselewengkan. Saya sangat terkesan apabila membaca sejarah Tok Janggut (maklumat selain daripada buku teks sekolah). Yang paling mengejutkan saya, banyak fakta2 nya tidak diceritakan secara meluas! Mungkin inilah bukti penyelewengan yang berlaku.

Setiap tahun laungan Merdeka bergema dimana-mana. Tapi, apalah ertinya merdeka, jika hanya merdeka dari sudut fizikal tapi secara dalamannya masih belum merdeka. Apalah ertinya merdeka, jika anak-anak merdeka hari ini masih terbelenggu dan terkial-kial mencari identiti diri yg masih belum pasti. Apalah ertinya tamadun yang dibina berasaskan material, pembangunan dan kemajuan semata-mata tetapi kontang dengan pembinaan spiritual dan moral.

Apalah ertinya kemajuan yang dibina, teknologi semakin canggih manggih, bangunan pencakar langit tumbuh melata, tetapi di celah-celahnya dipenuhi dengan gejala dadah, pelacuran, judi, arak, buang bayi dan 1001 lagi kemaksiatan yang sangat menyesakkan dada.

Adakah MERDEKA seperti ini yang kita dambakan?? Sama-sama kita fikir dan bertindak...

..:: Sekadar ingin berkongsi cara tersendiri saya dan teman2 menyambut Hari Kemerdekaan ::..

-konvoi motor dan kereta keliling UKM sambil mengibar
dan menghadiahkan bendera kepada warga UKM-

-nyanyian lagu Negaraku-


-siapa kata kami tak sayang Malaysia..?? Kami sayang tau...-

Kawan-kawan, teman-teman, sahabat-sahabat sekalian,
Bebas daripada penjajah tidaklah sehebat nikmat bebas daripada api neraka. Dalam baki 10 hari terakhir kita lalui Ramadhan ini, sama-samalah kita all out untuk beramal. Seperti yg saya katakan dalam FB,
"Yang TUA semakin GAGAH, yang MUDA semakin LEMAH. Situasi ini boleh disaksikan di masjid2 atau di surau2 sekitar rumah anda lebih2 lagi pada 10 malam terakhir Ramadhan. [Muhasabah bersama buat insan yg mengaku sbg anak muda]"

So, nak jadi anak muda yang GAGAH ke yang LEMAH???

2 ulasan: