Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...
Segala puji dan puja buat Allah SWT, Tuhan sekalian alam...
Sedar tidak sedar, Ramadhan tahun ini semakin hampir meninggalkan kita. Di hujung-hujung Ramadhan ini, perlu kita koreksi apa yg telah kita lakukan bermula 1 Ramadhan yg lalu hingga saat ini. Sudahkan misi Ramadhan kita terlaksana? Dan persoalan yg lebih penting dan menarik, SEJAUH MANAKAH RAMADHAN KITA KALI INI LEBIH BAIK BERBANDING YG LEPAS? Kalaupun ia tidak lebih baik drpd yg lepas, sama-samalah kita mohon pada Allah agar Dia memberikan kita peluang merasai nikmat Ramadhan yg akan datang utk kita manfaatkan. InsyaAllah...
Gambar diambil dari link ini
Ramadhan berlalu, Syawal pula menjelang. 'Ziarah-menziarahi', 'kunjung-mengunjung' dan 'bermaaf-maafan' cukup sinonim dengan bulan Syawal ini. Bulan Syawal juga peluang bagi kita mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Harapannya, semoga silaturrahim yg dibina berkekalan ke akhirnya, bukan sekadar semasa Hari Raya sahaja.
Menyentuh soal 'bermaaf-maafan', orang yg wajar ditemui dahulu utk meminta maaf adalah ibu kita. Kata Ustaz Haji Hassan Mahmud al-Hafiz (majalah ANIS bil. 157),
"Kebiasaannya beberapa hari sebelum berakhirnya bulan Ramadhan, kita akan pulang ke kampung, maka orang pertama yg perlu kita rai adalah ibu kandung. Kerana melihat wajah ibu ini pahalanya sedekah, sama seperti kita melihat Kaabah dapat pahala sedekah dan melihat mushaf al-Quran juga dapat pahala sedekah. Ibu kandung sangat dekat kedudukan kemuliaannya di sisi Allah SWT. Allah suruh kita muliakan tiga kali lebih utama dari ayah kerana kehebatan sabarnya yang teramat menanggung kesakitan melahirkan kita"
Ustaz juga ada meneyebut tentang adab-adab memohon maaf pada ibu dan ayah. Nak tahu lebih lanjut, belilah majalah ANIS yg terbaru. ( promote... :) )
Tentu nanti saya Rindukan Ramadhan...kerana rindu utk merasai suasananya, nikmat beribadah pada bulan ini, rindu Tarawikh, rindu sahur dan iftar bersama org2 yg saya sayang dan paling penting, rasa sangat dekat denganNya...
Rindu juga pada Ramadhan, kerana dulu, mak saya sarat mengandungkan saya pada bulan ini.. kuatnya mak membawa saya kemana-mana..berpuasa pulak tu...
"Ya Allah, ampunkan dosa ibuku, kasihilah dan sayangilah dia dan berikanlah pahala sebanyak-banyaknya kepadanya..."
Saya juga Sayang pada Syawal...kerana Syawal, kami sekeluarga dapat berkumpul, dapat berjumpa saudara-saudara yg sudah lama tak berjumpa dan kawan-kawan yg dah lama tak dengar khabar berita..Syawal juga mengeratkan dan memperbaikkan lagi hubungan saya sesama manusia disamping memperbaikkan juga hubungan saya dgn Pencipta saya...
Sayang pada Syawal kerana pada bulan inilah saya dilahirkan...17 SYAWAL 1409.. Hanya Allah saja yg tahu betapa perit dan MENCABARnya mak melahirkan saya...Alhamdulillah, Allah panjangkan umur mak dan selamat melahirkan saya...
"Mak, ampunkan dosa anakmu ini............"
RINDU pada RAMADHAN, SAYANG pada SYAWAL....
Kalau dipanjangkan umur dan diberi peluang mungkin juga Ramadhan dan Syawal akan datang tidak sama seperti tahun ini............
Nota akhir : Terima kasih pada Aimi Athirah atas post blognya yg sangat men'touching'kan dan kad raya yg kreatif... thankz Aimi!!~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan