Isnin, 9 Ogos 2010

Bukannya tak boleh...kita boleh sebenarnya...

Teori Sains kadangkala banyak sangkut pautnya dengan kehidupan kita. Tak percaya?

Pertama, cuba kita lihat persamaan Pressure, P atau Tekanan..:

P = F / A

Kesimpulannya, semakin tinggi @ kuat daya yg dikenakan ke atas permukaan, semakin tinggi tekanannya.

Kedua, cuba perhatikan gambar dibawah. Gambar tersebut adalah satu eksperimen dimana sebiji bola yg diletakkan di atas permukaan air dalam sebuah bekas. Apa yang berlaku adalah, apabila bola tersebut ditekan dengan kuat, lalu dilepaskan, maka bola itu akan melambung tinggi!! Setinggi yang ia boleh...


Seterusnya, kita lihat pula pada Hukum Newton Kedua.

F = m (v – u) / t

Atau lebih mudahnya,

F = m a

Hukum Newton Kedua ini menyatakan bahawa kadar perubahan momentum bagi bagi sesuatu objek adalah berkadar terus dengan daya yang bertindak ke atasnya. Dengan maksud lainnya, semakin tinggi @ kuat daya yang dikenakan, semakin tinggi perubahan momentumnya.

Tuntasnya, begitulah juga kita sebagai manusia yang hidup di muka bumi Tuhan ini. Semakin kuat daya yang menolak kita, (daya = beban, tanggungjawab, provokasi manusia lain dan lain-lain lagi yg boleh difikirkan), maka semakin kuat tekanan yg kita hadapi. Apabila semakin kuat tekanan yang kita hadapi, semakin terserlah potensi kita yang terpendam.

Cuba lihat pada bola yang ditekan tadi. Semakin kuat ia ditekan, apabila dilepaskan, semakin tinggi ia melambung. Begitu juga kita, bila ditekan, mulalah terserlah bakat-bakat atau potensi-potensi yang selama ini kita sendiri pun tak sedar. Contoh situasi yg selalu kita dengar:

"Di satu lokasi, tiba-tiba anda dikejar oleh orang yang anda tak kenali dan anda rasa sangat takut! Lalu anda pun berlari utk menyelamatkan diri. Dan diwaktu anda berasa sangat tertekan apabila dikejar, anda baru sedar bahawa anda mampu berlari laju mengalahkan olahragawan di sekolah anda dulu, anda mampu melompat jauh sejauh selebarnya longkang besar dan anda mampu melompat melepasi halangan setinggi bangunan di kedudukan aras satu. Dan diwaktu itu anda tentunya sangat terkejut dan tak sangka dengan potensi dan kemampuan anda."

Itu hanyalah salah satu contoh, ada banyak lagi contoh yang mungkin boleh anda fikirkan. Cuba kenangi memori lama anda, tentu anda juga pernah mengalami keadaan seperti ini.

Setelah kita diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran, lalu kita akan rasa tertekan. Dan dalam keadaan tertekan itu, kadang-kadang kita tidak sedar kemampuan dan potensi kita melebihi kebiasaan. Apabila kita telah sedar bahawa dengan setiap dugaan yang dikenakan, tekanan yg dialami dan akhirnya potensi diri yang sebenar telah terserlah, maka kita sebenarnya MAMPU untuk lakukan ‘sesuatu’. Mungkin 'sesuatu' itu tidak pernah dilakukan sesiapa, mungkin juga 'sesuatu' itu kita perhebatkannya lagi.

Buat akhirnya, percayalah pada diri sendiri kerana setiap orang, Allah telah kurniakan potensi dan kelebihan masing-masing. Cara kita bersyukur dengan potensi dan kelebihan yg dihadiahkan oleh Allah kepada kita adalah dengan menggunakannya di tempat yang sepatutnya.

Wallahua'lam~

p/s: SEMOGA PUASA KITA TAHUN INI LEBIH BAIK DARIPADA PUASA KITA TAHUN LEPAS..~

8 ulasan:

  1. salam, sakinah..
    kita baru first time baca blog awak tapi, masyaallah... hati kita rasa sebak sangat, sbb kita baru je fail praktikal aritu pastu kena ext. sem.. kita rasa down sangat sbb kita rasa macam dah buat yang terbaik... tapi, bila kita baca post2 awak ni, kita sedar tentang banyak perkara... syukur, alhamdulillah.. moga Allah berikan lebih banyak ilham lagi utk awak tulis lbh banyak tulisan2 yang touching.. :)

    -nadiah basri-

    BalasPadam
  2. Rasulullah SAW bersabda:

    "Manusia umpama logam, sehebat2 mereka ketika jahilyah, juga hebatnya mereka ketika Islam, kerana mereka faham." (HRB&M)

    BalasPadam
  3. nadiah: masyaAllah~ kwn lamaku...lama x dgr kabar...terima kasih ye...kte hny menulis, ilham tu semua dtg drpd Allah..klu tulisan kte mampu mentouchingkan hati org lain, alhamdulillah... hakikatnya semua dtg dr Allah...
    nadiah, jgn berputus asa dgn takdir yg Allah tentukan..setiap yg berlaku ada hikmahnya... =)

    'asim: syukran..syarah sket tntg sabda Nabi tu, boleh? Kongsi2 ilmu~

    BalasPadam
  4. hehe~

    Kenapa logam ye? sebab logam nie byk potensi nyer...dan logam ni dia merupakan satu unsur yang melambangkan kekuatan...

    Manusia pun begitu, mereka ada potential...cuma terpulang pada diri mereka nak pergunakan ke arah mana...

    tapi apa yang menyebabkan mereka menggunakan potensi mereka ke arah yang mereka pilih? Apa kaitan dengan faham?

    Cuba kita tengok saidina 'Umar RA.

    Sebelum dia masuk Islam, dia merupakan seorang yang sangat gagah, bengis, ganas, kejam, etc. Dengan karakter macam ni, orang-orang Quraisy telah mempergunakan beliau untuk sekat dakwah Rasulullah SAW. Sebelum masuk Islam juga, saidina 'Umar hanya mengerti yang dakwah Rasulullah SAW hanya akan membawa kerugian kepada bangsa Quraisy, itu yang dia sanggup buat apa sahaja untuk halang dakwah baginda.

    Tapi bila hati dia tersentuh dengan kalimat suci Al-Quran, dia seolah-olah telah menyaksikan suatu kebenaran yang sebelum ni dia tak pernah rasa dan dapat. Beruntung juga Saidina 'Umar merupakan seorang sasterawan yang hebat so bila terlintasnya ayat2 suci Al-Quran, beliau terus berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk mengatakan syahadahnya sekali pun beliau tak pernah di ajar tentang syahadah.

    Lepas tuh, beliau menggunakan segala potensinya untuk pertahankan Islam. Antara Quote yang popular;

    "Barangsiapa yang ingin isterinya menjadi janda dan anaknya menjadi yatim, maka hinalah Muhammad SAW dan berjumpa dengan aku di belakang lorong." (lebih kurang macam nie kot).

    Panjang lagi sebenarnya syarah berkaitan dengan hadis nie...kalau nak tau, kena ikut kuliah pengajian di UTM...huhu~

    Wallahu'alam...

    BalasPadam
  5. 'asim: hebat2~ syukran ye... ana explain guna fizik, nta explain guna kimia...tunggu sape pulak nk explain guna bio pulak, hehe...

    ape pun, jom manfaatkan potensi yg kita ada!~

    BalasPadam
  6. terjumpa artikel b'kaitan teori sains & kehidupan

    barat byk tersesat krn penyelewengan pemikiran mrk. shngga muncul golongn empirisisme & rasionalisme. alhmldh umat islam menghubungkn teori sains dgn konsep kehidupan yg mampu mencerahkan yg 'buta' dan menggugahkn yg 'tidur'

    b'kaitan teori di ats, mmg ada benarnya
    tp skrg kita tak terlalu risau dgn tekanan/ugutan dlm perjuangn

    yg amat membimbangkn...
    kesenangan, keselesaan dan kemewahan
    teori kera yang bergayut oleh murabbi rahmat abdullah sgt bernas.

    kalau ada masa cuba cari teori2 sains yg boleh kaitkan kesenangan/keselesaan dengan kejatuhan/kelemahan. mungkin bermanfaat

    BalasPadam
  7. assalamua'laikum..
    menarik kaitan persamaan fizik dengan realiti
    harap ada perubahan diri ini

    mengenai kemampuan secara tidak sedar,hendak serlahkan potensi ini perlukan sesuatu luar biasa yang menekan diri. bila ianya terserlah kita pula yang tidak menyedarinya kerana semasa ianya berlaku,kita tidak fikirkan apa2 melainkan mencapai sesuatu yang perlu.

    penulisan seperti inilah yang dicari,
    kaitan sains dalam muhasabah diri,
    kerana ia yang saya cari selama ini,
    harapan dapat berkongsi,

    MUHAMMAD AFIQ BIN MD NASIR
    -kembara seorang muslim-
    http://kembaraseorangmuslim.blogspot.com

    BalasPadam
  8. saudara Rashdunk: terima kasih atas cdgn..kena buat kajian yg lebih mendalam nampaknya... :)

    afiq: sama2 lah kita saling berkongsi ilmu ye.. dan sama2 kita bersyukur dgn potensi yg Allah kurniakan..

    BalasPadam