Selasa, 20 Julai 2010

Dah ISI ke belum?

Alhamdulillah...hari ini sudah masuk hari kedua Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) di UKM. Semua mahasiswa dan mahasiswi terutamanya mahasiswa/i tahun 1 berpusu-pusu memenuhi ruang Pusanika. Masing-masing mengunjungi booth persatuan-persatuan yg dekat di hati mereka.

Di satu sudut di ruang pusanika aras 3, di booth bernombor 26, tak kurang meriah juga kunjungannya. Tak menang tangan kakitangan-kakitangan di booth 26 yg berpakaian serba maroon melayan mahasiswa/i yg berkunjung. Seperti ada kuasa magnet yg menarik pengunjung-pengunjung ke booth 26 ini. Bukan calang-calang persatuan di UKM barangkali.

Sedikit sebanyak kisah suka duka, sejarah hidup persatuan ini..

Usia Universiti Kebangsaan Malaysia yang sudah mencecah 40 tahun telah menyaksikan pelbagai rentetan sejarah dan peristiwa yang mewarnai kehidupannya selaku institusi yang lahir hasil dari inspirasi semangat nasionalisme Melayu. Pengiktirafan demi pengiktirafan yang diraih oleh UKM hingga ke hari ini membuktikan bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dan kekal relevan dalam arus globalisasi masa kini. Pergerakan mahasiswa UKM juga tidak terkecuali dari menempuh arus cabaran yang mematangkan selaras dengan keperluan semasa.

PMUKM yang telah dibentuk sejak dari awal penubuhan UKM telah dijadikan medan oleh Mahasiswa UKM untuk memperkembangkan idealisme perjuangan mahasiswa. Kemuncak kebangkitan mahasiswa tanahair melalui Peristiwa Demonstrasi Baling 74 telah mengangkat nama PMUKM sebagai salah sebuah persatuan pelajar yang berpengaruh hingga memaksa kerajaan menahan beberapa orang pimpinannya seperti Idris Jauzi, Abd Rahman Rukaini, Halim Arsat, Basroh Hassan dan lain-lain di bawah ISA. Pindaan ke atas AUKU 1971 pada awal 1975 seterusnya telah mengikat kaku gerakan pelajar tanahair dan telah memaksa pimpinan pelajar memikirkan kembali orientasi gerakan agar terus kekal dengan idealisme murni tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak.

Era pasca AUKU tidak memperlihatkan kemandulan gerakan mahasiswa tanahair, bahkan tahun-tahun selepasnya telah menonjolkan Islam sebagai satu dasar perjuangan hinggakan di UKM contohnya, telah berlaku pertentangan dan konflik yang cukup hebat di antara pendokong idealisme Islam yang syumul dengan kelompok nasionalis-liberalis untuk berebut pengaruh dan kekuasaan politik, terutama dalam PMUKM itu sendiri. Terjadinya revolusi Islam Iran pada 1979 telah menyemarakkan lagi semangat pendokong kebangkitan Islam di negara ini untuk memperjuangan Islam pada masa yang sama menentang sebarang bentuk ideologi yang terkeluar dari landasan Islam.

Tempias ini turut merebak ke kampus UKM telah memberikan harapan baru kepada aktivis Islam kampus yang sentiasa dominan dalam politik kampus UKM yang walaupun menghadapi saingan yang cukup sengit dari kelompok nasionalis hinggalah ke hari ini. Maka, di celah-celah pertarungan yag cukup sengit dan tidak berpenghujung ini, lahirlah Ikatan Studi Islam Universiti Kebangkitan islam (ISIUKM), sebagai platform kepada pencinta Islam di kampus UKM ini untuk bergerak menyampaikan mesej suci perjuangan Islam.

ISIUKM : ZAMAN-ZAMAN AWAL

Walaupun gerakan Islam di kampus UKM diwujudkan sejak dari awal penubuhan UKM, iaitu dalam tahun 1970, namun ISIUKM hanya mula dibentuk dalam tahun 1976. Antara faktor utama ianya ditubuhkan adalah untuk dijadikan platform rasmi bagi aktiviti-aktiviti dakwah. Oleh yang demikian, skop gerakan akan lebih meluas, tetapi sayangnya, disebabkan ketiadaan jawatankuasa tetap yang dilantik, ISIUKM seolah-olah “hidup segan mati tak mahu”.

Akhirnya ISIUKM berkubur begitu sahaja. Mengikut sesetengah pengkaji politik kampus, pada ketika itu bolehlah dikatakan bahawa golongan yang membawa obor perjuangan Islam di UKM yang menggelarkan diri mereka sebagai ANGKATAN TINDAKAN MAHASISWA (ATMA), langsung tidak dapat penentangan dari mana-mana pihak dan dengan mudah dapat menguasai PMUKM. Oleh kerana segala jentera digerakkan di atas nama PMUKM, maka kewujudan ISIUKM dirasakan tidak relevan. Oleh itu, bolehlah disimpulkan bahawa pada zaman awalnya, ISIUKM tidak begitu tertonjol dan berperanan.


ISIUKM 80’AN- ERA BERTINDAK


Tahun 1980, 10 tahun selepas penubuhan
UKM, telah membuka lembaran baru dalam sejarah perjuangan mahasiswa di kampus ini bilamana buat pertama kalinya dominasi golongan dakwah dalam PMUKM tergugat dengan kemunculan kumpulan nasionalis yang berjaya menguasai PMUKM. Perjuangan kelompok baru ini yang menitikberatkan soal kesederhanaan dalam segala aspek, telah berjaya membina pengaruh di kalangan mahasiswa walaupun mesej perjuangan Islam langsung tidak tertonjol.

Jadi, selepas merasakan mereka sudah mendapat saingan dalam melebarkan syiar perjuangan Islam terus mekar di bumi UKM, telah mengambil keputusan untuk menghidupkan kembali ISIUKM sebagai tapak kepada gerakan Islam di kampus. Muktamarnya yang pertama kalinya diadakan pada tahun 1983 telah menggariskan halatuju ISIUKM yang bakal membawa agenda pengisian yang bukan sahaja terbatas dalam ruang lingkup kampus semata-mata, tetapi turut menjangkau permasalahan global dan isu-isu antarabangsa.

Owh....booth 26 ISIUKM yg punya rupanya. ISIUKM bukan semata-mata persatuan tetapi satu platform utk meluaskan lagi dakwah di perbukitan ilmu UKM ini. Jadi, mengapa fikir banyak kali utk menyertai ISIUKM? Datang booth ISIUKM, isi borang, jadi ahli dan sama-samalah kita menjadi penggerak dakwah di bumi UKM yg kita cintai ini. Kerana...


Kalau bukan KITA, siapa lagi?
Kalau bukan SEKARANG, bila lagi?
Kalau bukan di UKM, di mana lagi?
Kalau bukan ISIUKM, ISI mana lagi?

Khas utk anda..

Dari kolej berjalan kaki,
Pusanika tempat pilihan hati,
Sampai di sana tercari-cari,
Mana satukah booth ISI??

Berkobar-kobar rasa di hati,
Ingin mendaftar menjadi ahli,
Nombor 26 nombor booth ISI,
Bersebelahan booth JPPel disitulah kami.. =)

Jadi, apa tunggu lagi?


~JOM DAFTAR ISIUKM~

5 ulasan:

  1. Nicely done!!!!
    Nak ISI lagi sekali bleh???

    BalasPadam
  2. once you ISI, forever you ISI~ =)

    p/s: mcm kenal je..... ;p

    BalasPadam
  3. wah!! mcm ISI dengan kuku..

    Ye ke kenal?? psiko sgguh bdak2 isi ni..

    ok, kalau mcm tu bleh x nk g KERIS lagi sekali??

    BalasPadam
  4. nak g KERIS kali ke ratus2 pun b0leh~ =)

    JOM!!~

    BalasPadam
  5. laa..buat dakwah pon kene register ke,,,

    BalasPadam