Isnin, 12 Julai 2010

Terima Kasih Semut

Kalau ditanya binatang (serangga lebih tepat rasanya) apa yg paling comel, tentu saya akan jawab SEMUT. Ya, kadang kala semut menguji kesabaran kita. Bila digigit, kita akan rasa gatal ataupun sakit. Bila seekor semut memanggil koloninya untuk menghurung makanan kita, tanpa rasa bersalah terus kita menjentik-jentik mereka. Haih~ Apa la nasib kau semut.

Secomel-comel dan sekecil-kecil semut, banyak manfaat dan pengajaran yg mereka ajar pada kita. Sebesar-besar kita manusia ni pun belum tentu memberi manfaat kepada makhluk Allah Taala yg lain. Teringat saya tentang kisah semut dan Nabi Sulaiman yang pernah saya baca dulu.Tentang bagaimana semut yg kecil ini mengajar kita tentang erti TAWAKAL. Alkisah...

Nabi Sulaiman bertanya kepada semut, berapa banyak makanan yg diperlukan untuk hidup dalam setahun? Semut menjawab, sebanyak sebiji butir gandum. Lalu, Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dan memasukkan juga sebutir gula yg saiznya sama seperti sebutir gandum. Kemudian, botol itu ditutup.

Setahun kemudian, Nabi Sulaiman membuka semula botol tersebut dan merasa pelik kerana hanya separuh sahaja daripada sebutir gula itu yg dimakan oleh semut. Lalu baginda pun bertanya pada semut tersebut, mengapa hanya separuh sahaja yg dimakan sedangkan kata semut setahun yg lepas, ia perlukan makanan sebesar sebutir gandum utk hidup selama setahun.

Semut menjawab begini, jika di luar botol, rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan ia yakin bahawa Allah akan sentiasa mencukupkan rezekinya, dan ia tidak perlu risau. Tetapi apabila ia dikurung oleh Nabi Sulaiman, ia berjaga-jaga dan berjimat-cermat kerana tidak yakin dengan sifat prihatin manusia. Takut-takut kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya lebih daripada setahun, apa akan terjadi padanya?

Kalau semut pun yakin pada Allah dalam soal rezeki, inikan pula kita manusia. Kenapa terlalu berharap pada manusia tentang soal rezeki sedangkan yg memberi rezeki tu kan Allah.



Teringat pula satu lagi kisah suka duka kami dari ISIUKM menyambut kedatangan adik-adik baru ke UKM, 4 Julai yg lepas. Dengan bertemankan flyers, senyuman dan rasa excited menyambut adik-adik, kami dipecahkan kepada empat kumpulan. Kumpulan di pintu gerbang, di lampu isyarat dari arah Kajang, dari arah Tol Bangi dan dari arah Teras Jernang. (kalaulah adik2 ni sedar betapa kami semua mempertaruhkan nyawa berdiri di tengah2 kereta yg banyak, semata2 kerana seronok menyambut kedatangan mereka).

Alkisahnya di lampu isyarat dari arah Teras Jernang, sahabat-sahabat ISIUKM di situ ditegur oleh seorang pakcik. Begini keadaannya,

Pakcik : TERUSKAN DIK!!! (nampak bersemangat memberi semangat dan dorongan kpd mereka)

ISIUKM : (semakin bersemangat bila diberi motivasi, tapi belum pun sempat mengucapkan terima kasih atas motivasi yg diberikan...)

Pakcik: ...TAPI KALAU KENA BUANG UNIVERSITI LEPAS NI, JANGAN BISING PULAK....

ISIUKM : (terkedu, tapi senyuman masih terukir di bibir lalu menjawab...)
InsyaAllah tak pakcik...terima kasih... =)



Kesimpulan dari situasi yg berlaku, siapalah manusia nak menentukan rezeki manusia yg lain.

“Tak boleh buat macamni, nanti kena blacklist, nanti susah dapat kerja”
“Kena maintain 3.0, nanti biasiswa kena tarik”
“Jgn macamni...nanti macamni....”
“Jgn macamtu...nanti macamtu...”

Berhenti berharap pada manusia, sebaliknya belajarlah erti tawakal daripada sang semut yg kecil itu.

FENOMENA AYAT-AYAT ISIUKM :
DAH DAFTAR ISI KE BELUM??
JOM DAFTAR RAMAI2~

4 ulasan:

  1. Salam....

    Post yang baik untuk manfaat pembaca. Teruskan Penulisan berorientasi dakwah sejarah dan semasa.

    قال رسول الله : ٌقول الحق ولو كان مر

    Berkata benarlah anda semua walau ianya pahit...

    Kearah mahasiswa bebas bersuara

    BalasPadam
  2. bila nak berISI?

    boleh x cmtu...?=D

    BalasPadam
  3. pakcik tu ck gitu ngan ko kinah??..ishx ko sabar ye,nnti..kte cr anak pakcik tu,hehehehe

    BalasPadam
  4. ahmad ridhwan: syukran...sama2 lah kita...

    aida: pun b0leh laa....

    sarah: bukan ckp ngan aku...org lain... suruh anak die daftar ISI kan? pastu gi KERIS sama2.. yeah~

    BalasPadam