Ahad, 9 Mei 2010

Siapa mereka? Anda tentukan.


“Anak itu ibarat kain putih. Anak itu dilahirkan suci, ibu bapalah yg mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Terngiang-ngiang dan teringat-ingat lagi diri sendiri menyebut perkara ini lebih kurang 9 tahun yang lalu. Kenangan terlupa skrip pidato, terdiam lama di atas pentas, pidato spontan yang entah apa2 dan memalukan diri sendiri, masih lagi lekat dan segar dalam ingatan. Paling lucu, ada ‘secret admire’ menghantar ‘utusannya’ untuk berkenalan. (Gelak jap..). Biarlah...semua itu mem0ri lama yang sangat seronok utk dikenang. Pahit manis zaman kanak2 ribena kata orang zaman sekarang.

Owh, nampaknya kita dah keluar topik. Now, back on track. Anak-anak itu ibarat kain putih, ibu dan ayah yang bertanggungjwab mencoraknya. Warna, corak, design, semua tanggungjawab ibu dan ayah. Kalau buruk, maka buruklah, kalau cantik, maka cantiklah.

Boleh tak kalau saya katakan begini? Anak-anak menggambarkan siapa dan bagaimana ibu ayah mereka. Tapi ada juga anak-anak yang sangat kontra dengan ibu ayah mereka, kan? Kes istimewa barangkali..=)

Daripada apa yang saya dengar dan alami sendiri, sedih untuk diungkapkan tapi inilah realiti zaman sekarang. Seorang ayah yang beragama Islam tidak suka melihat anaknya memakai tudung. Hanya kerana ingin nampak updated, trendy, fashionable dan sebagainya, agama diletakkan dimana? Anak-anak dibiarkan merayau dan melilau pada waktu malam, membuatkan saya selalu tertanya-tanya, “mak ayah diorang ni tak marah ke??” dan anak-anak pula sudah menjadi semakin kurang ajar dan kurang adab. Dalam hal ini, perlukah hanya ibu bapa yang dipersalahkan? Bagi saya, mudah. Tak perlu salahkan sesiapa. Kita sebagai masyarakat perlu sama-sama membantu mencorakkan anak-anak ini.

Saya sedar akan tanggungjawab sebagai masyarakat juga adalah sangat besar dan penting dan kini saya ditakdirkan untuk bertemu dan berkenalan dengan 6 orang anak muda (kanak-kanak lebih sesuai kot) yang baru nak mengenal dunia. Mereka adalah tanggungjawab ibu dan ayah mereka, juga tanggungjawab saya. Maka, saya sebagai ahli masyarakat, dengan ini, telah mempasak dan mempacak agenda-agenda ‘menarik’ bagi membantu mencorakkan anak-anak bertuah ini dengan corak2 yang menarik dan boleh memukau pandangan sesiapa yang memandangnya. Misi saya besar. InsyaAllah, mohon doa kalian agar dipermudahkan segala urusan.

Sekiranya ibu ayah mengamalkan petua ini, nescaya ramai generasi-generasi soleh dan solehah dapat dilahirkan- DIDIKLAH ANAK-ANAK MENGENAL ALLAH SEJAK KECIL LAGI. Pandangan saya sebagai seorang insan yang masih belum mempunyai anak mungkin boleh diterima. Saya juga punya adik-adik, yang juga menjadi tanggungjawab saya. Anggap sahaja ini adalah tanda prihatin dan sayangnya seorang kakak kepada adik-adiknya.

Dikesempatan ini, saya juga nak ucapkan terima kasih kpd sahabat saya, NUR FAIZATUL EMA kerana sudi menghantar slide DIDIKAN IMAN UNTUK ANAK-ANAK ke email saya. Akan saya gunakan untuk masa sekarang dan akan datang. =)




5 ulasan:

  1. Nice entry...

    Beratnya amanah bila bergelar isteri/suami. Bertambah berat bila bergelar ibu/ayah. Mari persiapkan diri dr sekarang InshaAllah! *sedikit matang bunyinya.hehe*

    Namun inilah kenyataan, untuk mendidik, perlunya persiapan. :)

    Bagus Sakinah!

    p/s: Jgn lupa jemput ;)

    **ehem, takde papelah..just sharing tu.

    BalasPadam
  2. "But it's a fact that everyone should be prepared by now... Ahhh beratnya 'AMANAH' itu! Moga kita antara yang PANDAI and KENA CARAnya dalam MENJAGA AMANAH itu" (NUR FAIZATUL EMA SALEHUDDIN, 2010)

    d(^.^)b

    BalasPadam
  3. Salam ziarah kak.
    Ana petik tulisan Ustaz Nik Muhammad Abduh b Nik Abd Aziz dalam blog beliau (nikabduh.wordpress.com). Setelah lama negara kita merdeka, jumlah anak yang tidak tahu bersolat, tidak tahu membaca Al-Qur'an, sangat biadap kepada ibu bapa dan sebagainya terus bertambah. Adakah kita mahu terus menudingjari kepada ibu bapa atau anak-anak? Sudah lama kita mendiami negara ini tetapi inilah masalah yang tidak selesai lagi. Yang patut dipersalahkan adalah sisitem pendidikan negara ini kerana sistem tersebut berasakan sistem kuffar, syirik dan khurafat. Allah Ta'ala pasti akan mempersoalkan mereka yang bertanggungjawab terhadap masalah besar ini (mafhumnya).
    Maaf kalau ana terlalu bersemangat kerana ana dilahirkan untuk itu. Wallahu a'alam.

    BalasPadam
  4. syukran atas kunjungan dan komen, muhaimin...

    akak suka dgn semangat nta...
    teruskan!!

    siapa yg nak memperbetulkan semua yg x betul ni melainkan kita, kan?

    ayuh!!~

    BalasPadam
  5. two thumbs up~
    dlm konteks kite skang,, AMANAH mendidik adik beradik.. beratnya AMANAH itu. . .

    BalasPadam