Jumaat, 23 April 2010

Jangan Benarkan Si Bongkak Itu Datang Ke Malaysia

Siapa yang tak kenal pada TONY BLAIR, penjenayah perang nombor satu dunia atau lebih terkenal dengan nama timang-timangannya TONY B-LIAR. Namun, saya lebih senang dan selesa untuk memanggilnya TONY SI BONGKAK.

Tony si Bongkak, pada awal tahun 2003 yang lalu ada menyatakan,

Malam ini tentera Inggeris akan ditempatkan di udara, di daratan dan di lautan. Misi mereka adalah untuk menggulingkan Saddam Hussein dari kekuasaannya dan merebut senjata pemusnah massalnya di Irak.”

Senjata pemusnah massal adalah alasan yang digunakan oleh Amerika Syarikat untuk menyerang Iraq pada tahun 2003 yang lalu. Walaupun majoriti rakyat Inggeris menolak, namun Tony si Bongkak ini mengirimkan tentera ke Iraq untuk memperkuat pasukan multinasional yang dipimpin oleh Amerika Syarikat pada waktu itu.

Pada 29 Januari 2010 yang lalu, Tony si Bongkak telah di'pertemukan' dengan panel penyelidik Perang Iraq dan menjawab soalan lebih kurang selama 6 jam. Di luar tempat dia disoal, ratusan rakyat dan aktivis berdemonstrasi dan menyebut Tony si Bongkak sebagai penjahat perang dan pembohong.

Di hadapan panel penyelidik, Tony si Bongkak masih lagi berani dan bongkaknya mengeluarkan kenyataan ini,

"I feel responsibility but no regret for removing Saddam Hussein. I think he was a monster. I believe he threatened not just the region but the world, and in the circumstances we faced it was better to deal with his threat and remove him from office. The world is better as a result."

Sungguh, Tony si Bongkak ini tidak langsung menyesali tindakannya membantu AS untuk menyerang Iraq yang mana perang ini telah mengorbankan begitu banyak nyawa manusia yang tidak bersalah. Tapi pada saat ini kita dikejutkan pula dengan berita bahawa sebuah syarikat Success Resources berpengkalan di Singapura dan juga beroperasi di Malaysia akan menjemput Tony si Bongkak ini untuk menyampaikan ceramah di National Achieves Congress 2010 di Sunway Pyramid Convention Center , Petaling Jaya pada 24 April 2010 (esok).

Tindakan sebuah syarikat yang sukar difahami dengan akal yang waras dan menunjukkan betapa tidak sensitifnya pihak tersebut. Bagaimana orang yang telah terang-terangan melakukan kekejaman dan penindasan diangkat sebagai tokoh dan diberi penghormatan untuk menyampaikan ceramah. Tidak ada orang lainkah yang boleh dijemput? Luka isu APCO dan pertemuan dgn Obama pun masih belum sembuh, datang pula luka yang baru. Berapakah peratusan untuk sembuh agaknya? Hmmm...

Saya pun tak tahu apa yang akan terjadi esok. Tapi yang pasti, Tony si Bongkak memang mencari nahas. Kalau dia berani untuk berhadapan dengan orang-orang yang tidak pernah redha akan kedatangannya ke sini, silakan. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan