Rabu, 11 Mei 2011

Harapan kepada yang Memberi Harapan

Apabila masuk sahaja bulan Mei, semua orang akan teringat tentang Hari Ibu. Pada waktu inilah semua anak-anak yang baik dan taat akan melahirkan rasa sayang dan cinta pada ibu masing-masing. Walaubagaimanapun, saya bersetuju dengan pendapat beberapa orang bahawa Hari Ibu adalah setiap hari. Makanya, lahirkan cinta dan sayang kita pada ibu kita setiap hari! (^.^)
Tahniah, buat para ibu yang tabah dan kuat dalam membesarkan anak-anak serta setia mendoakan kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat. Tahniah untuk Mak saya juga! (dan bakal Mak Mertua saya juga, eh!!!........)

Tapi, bagaimana pula, anak-anak yang lahir, tanpa mengenali ibu mereka sendiri, bahkan belum sempat pun mengenal dunia apatah diri sendiri dek kerana ditinggalkan oleh ibu mereka sendiri di tepi longkang, tong sampah dan tempat-tempat yang TIDAK SELAYAKNYA diletakkan. Bagi yang dipanjangkan umur oleh Allah, alhamdulillah, setidak-tidaknya, masih ada harapan YANG TIPIS untuk dia mengenali siapa ibunya. Bagi yang sudah dijemput oleh Allah, mungkin di akhirat kelak baru dia diketemukan dengan ibunya yang 'baik' itu.

Naluri keibuan saya tersentuh (aiceh..~), apabila melihat gambar-gambar bayi yang tak bersalah dibuang sewenang-wenangnya. Bukan sahaja tak sampai hati, malah agak takut melihatnya. Ada yang berdarah-darah, kotor, malah ada yang tidak cukup sifatnya. (tak sangka, berani jugak saya tengok gambar-gambar tu. tapi ada rasa sedikit pening dan mahu pitam disitu..huhu)

Ada seorang pembantu rumah kepada seorang kakak di tempat praktikal saya, sangat pelik melihat gejala buang bayi di negara kita ini. "Adik...di tempat kakak tak ada macam ni dik..tak ada buang-buang anak ni. Pelik kakak tengok.." katanya dalam loghat indonesianya. (dilakonkan semula oleh kakak di tempat praktikal saya tu)

Mungkin, kerana di tempat mereka, mereka semua berkahwin awal. Pembantu rumah kakak tersebut, berkahwin pada usia 12 tahun manakala suaminya ketika itu 15 tahun. Jadi, anak-anak yang lahir, dijaga dengan sebaiknya dan penuh kasih sayang, kerana di situ ada rasa TANGGUNGJAWAB, tak tergamak nak buang anak merata-rata.

Hari ini, saya terbaca sebuah cerita yang menyedihkan lagi hati saya. Tajuk berita, "Sekolah remaja hamil penuh". (Sekolah Harapan dan Rumah Harapan)  Boleh di baca di sini. Sedih, kali ini bukan kerana nasib bayi-bayi terbuang, tetapi kerana sedih, mengenangkan nasib 'ibu-ibu muda' ini. Kenyataan yang mengatakan 'rumah ini sudah penuh', 'jumlah yang dijangka meningkat kerana permohonan terus bertambah' malah, 'ada yang dalam senarai menunggu', membuatkan saya terus berfikir. Akan surutkah penghuni yang menghuni di sini? Akan berkurangkah permohonan yang ingin menghuni di sini? Akan ada lagi kah yang masih menunggu? Bila agaknya saya boleh membaca berita tanpa ada berita tentang kes-kes seperti ini lagi di negara kita yang tercinta ini? Aduh, bila?? Berapa lama lagi?? Ada harapan kah??

Dan persoalan itu, terus bermain-main di fikiran saya sehingga saat anda membaca artikel saya ini..........

3 ulasan:

  1. u'll bcome a great mom, insyaAllah.. :-)

    BalasPadam
  2. "Naluri keibuan saya tersentuh (aiceh..~)"

    comei~ ^_^

    BalasPadam
  3. to 23,

    Yes, she will. absolutely.. =)

    BalasPadam