Maka tersebutlah kisah, di suatu tempat....
Bos : Alhamdulillah..produk kita di luar negara semakin mendapat perhatian ramai! Permintaan pun semakin meningkat! Jadi, mereka mintak order lagi 100 kotak.
Meon : 100 kotak? Dalam satu kotak, ada 80 bekas, maksudnya, 80 darab 100, sama dengan 8000 bekas??
Bos : Bagus Meon. Pandai awak kira. Tak sia-sia pergi sekolah. Jadi, saya nak awak Meon, Meah dan Minah, pergi buat test quality control ke atas bekas-bekas tersebut. Sebelum kita hantar produk kita ke sana, bukan setakat bahan yg terkandung dalam produk kita sahaja yg perlu baik, bahkan bekasnya juga...
Meon, Meah dan Minah : (menganggukkan kepala serentak lalu berkata, BAIK BOS! )
Lalu berjalanlah Meon, Meah dan Minah ke bahagian gudang syarikat mereka untuk memeriksa bekas-bekas tersebut. Satu persatu bekas diperiksa kualitinya agar tidak terjejas walaupun telah tiba di luar negara nanti.
Suasana senyap dek kerana masing-masing khusyuk membuat kerja. Tiba-tiba, Meon bersuara..
Meon : Meah, cantik dah bekas-bekas ni, buat apa nak check lagi?
Meah : Kena la check..dalam banyak-banyak ni mesti ada yang tak elok...
Minah : (senyum...)
Meon : Buat apa nak cantik-cantik, elok-elok?
Meah : Yela..nak jaga kualiti dia la..
Minah : (senyum...)
Meon : Owh..bekas-bekas ni nak hantar ke luar negara ek?
Meah : Haah Meon..........banyak soal la pulak kau ni....
Minah : (senyum...)
Meon : Hek eleh...rilek ah..tanya je kot...
Meah : Sudahlah....kira bekas tu betul-betul...
Minah : (senyum....)
Meon : Hmm..cuba korang tengok. Sebelum hantar ke luar negara, semuanya kena serba elok. Macam mana nak pastikan elok? Kena la check, supaya bekalan-bekalan (bekas-bekas tadi) ke luar negara ni tadi ok je kan.. Macam tu la kita manusia ni... cuba kita check, elok sangat dah ke bekalan kita, yang nak bawak kita ke syurga nanti?? Manusia ni, ibaratnya macam bekas ni la...kan Minah?
Meah : (Diam...)
Minah : (Senyum...)
*~cerita ini ada kaitannya la jugak dengan yg masih hidup. jom ambil iktibar dan selamat beramal~*
Terbaik dari ladang..
BalasPadamsuka method dakwah yang menggunakan analogi..