Khamis, 10 Februari 2011

Sok Bangi Koih Ndong......

Rasanya, sampai hari ini pun, team OPKIM ISIUKM ke Sarawak tak berhenti lagi bercerita tentang memori suka duka pahit dan manis di sana. Apa yang boleh saya simpulkan tentang ‘come back’ saya ke Sarawak (ceh, macam artis..buat come back..haha), untuk tahun 2011 ini, betul-betul mengajar saya tentang banyak perkara. Boleh dikatakan setiap langkah dan tindakan, ada sahaja perkara baru yang saya belajar.


Sungguh, saya kagum dengan masyarakat di Kampung Segubang. Kagum dengan semangat kejiranan, kemuafakatan dan kebersamaan mereka di sana. Namun, tak dapat mengalahkan kekaguman saya pada Ustaz Kancil (terkenal dengan gelaran ini kerana saiz tubuh badannya yang kecil dan cerdik). Pendakwah bertubuh kecil dan berjiwa besar ini bukanlah orang tempatan. Datangnya daripada Indonesia membawa misi dakwah yg sangat jelas, di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung. Pendakwah yg dikurniakan dua cahaya mata ini menjadi teman berbual saya di sana. Dengan penuh fasih berbahasa Jawa, habis team OPKIM yg lain melopong mendengarnya. (haha~ sorry la korang...) Setidak-tidaknya datang ke Kampung Segubang, selain dapat belajar bahasa Bidayuh, dapat juga faham apa maksud ‘mangan’, ‘turu’ dan sebagainya, kan? Hehe..

Taufiqurrahman, anak Ust Kancil, antara insan yang sangat menarik di Kampung Segubang. Sudahlah comel, cerdik pulak tu. Bila ditanya nak jadi apa besar nanti, “Nak jadi Polis..” katanya. Bila ditanya kenapa polis, jawapannya..  "Sebab nak siasat apa ada kat Pulau Misteri...” (Haha~ Smart jawapan tu.) Pulau Misteri kalau anda semua nak tahu, bak kata Taufiq, pulau tu terletak di belakang kampung mereka. Benar ataupun tidak, hanya Allah saja yg tahu. Kami layankan je cerita Taufiq. Hehe..Seronok betul dia berimaginasi.

Tapi bila ditanya soalan yg sama semula, nak jadi apa bila besar nanti, katanya, “Nak gantikan ayah jadi ustaz..” Eh? Lain pulak... “Kakak saya pulak nanti akan gantikan mak jadi ustazah..”. Kami provok sikit, “Tapi tadi Taufiq kata nak jadi polis?? Mana satu? Polis atau nak ganti ayah?” “Eh..hmmmm...dua-dualah! Hehe..” Mantaaapp!!~

Haih~ Itu baru sikit. Nak lagi, boleh baca dalam blog Nani Mujahidah (TKP OPKIM ’11), Arif (Unit Program OPKIM) dan Ata (harapnya dah boleh bezakan akak dengan kak Aida ye Ata, huhu...). Selebihnya, biarlah gambar yang berbicara...

 Bergambar bersama penggerak dakwah di Sarawak

 Ustaz Sabri, wakil USK (Urusetia Saudara Kita) Sarawak

 Selagi Kudrat, Islam Dinobat!!!

 Surau tempat kami 'belajar'

 Ronda-ronda pusing kampung

 Kanan: Ustaz Kancil. Tubuh kecil berjiwa besar

 Jumlah pelajar di SK Segubang

 Kata-kata semangat supaya anak Segubang terus mendaki dan melakar kejayaan

 Ceramah Motivasi untuk adik-adik. Sambil tu, nyanyi lagu "SENYUM"... =)

"Senyum seindah suria,
Yang membawa cahaya,
Senyumlah dari hati,
Duniamu berseri,
Senyum umpama titian,
Dalam kehidupan,
Kau tersenyum,
Ku tersenyum,
Kemesraan menguntum...
Senyum....
Kepada semua..
Senyumanmu...
Amatlah berharga..
Senyum...
Membahagiakan...
Dengan senyuman,
Terjalinlah..ikatan..."

 Co-motivator dan motivator jemputan bersama adik-adik..hehe.. =p

 Apabila kumpulan si cilik Segubang melontarkan suara mereka..

"Satu, satu..sayang sayang ibu..
Dua, dua...sayang sayang ayah...
Tiga, tiga...sayang adik kakak...
Satu dua tiga, sayang semuanya..."

 Kelas Fardhu Ain

 Mari Mengaji

 Tayangan Filem "Laskar Pelangi"..segarkan mata adik-adik..huhu~

 Rewang sempena kenduri perpisahan..sob3~

 Nyum3~

 Subhanallah, takdir Allah yg menemukan...jumpa Kak Azzati, suaminya, Ust Ashrof dan anak perempuan mereka, Wardah Marwa. Terima kasih Kak Azzati dan Ust, kerana susah-susah datang lawat saya kat Kg Segubang..hehe..

 Tu dia, Wardah Marwa merangkap 4 pupu saya.. huhu~
tak dapat jumpa kat Kg Parit Lapis Laman, kat Kg Segubang pun boleh......kan Wardah..? =)

 Orang kuat Kg Segubang. Tabik spring 360 darjah pada ust dan tok ketua..!

 Bersama warga ibu dan warga bapa muslim Kg Segubang

 Kesedihan mula terasa..

Ustaz...............
insyaAllah, ada peluang, kami datang lagi...ameennn~
Semua melambai ustaz dengan linangan air mata yg tak dapat ditahan lagi....

Khas untukmu warga Segubang...

"Sok Bangi koih ndong,
Kak Sarawak koih odi,
Tuduk suak warga Segubang,
Yang sentiasa ogik da'ang otin.

Smong nik dayung pi'i dali,
Nok koih katik odi menyemai bakti,
Rami manah otin koih itih,
Dapod layanan pagoh manah sok ingan.

Sepanjang koih ogik di kati,
Koih sai makin rapat ikatan terjalin,
Moga tok dapod rahmat Ilahi,
Sak kekal abadi sunih ondu"

dengan kata lainnya....

"Dari Bangi kami datang,
Ke Sarawak kami mari,
Untuk semua warga Segubang,
Yang sentiasa dekat di hati.

11 perempuan 9 laki-laki,
Datangnya kami menyemai bakti,
Sungguh seronok hati ini,
Mendapat layanan mesra sekali.

Sepanjang kami berada di sini,
Terasa erat ikatan terpatri,
Moga mendapat rahmat Illahi,
Dunia akhirat kekal abadi"


7 ulasan:

  1. mantap!!
    nak follow sy ke sarawak lg 10-14hb ni?? =)
    anyway, tahniah buat shbt2.. momentum dakwah terus diteruskn di bumi UKM ini! ^_^

    BalasPadam
  2. to 23: d('_')b

    to aida: ameenn insyaAllah..sama2 lah kita.. selamat menerima kakak ipar Sarawak..(dpt kakak ipar oversea tuuu...hehe..) tahniah2!~

    BalasPadam
  3. sediiihhhH!!! kalo ata bace ni, lagi melalak la die.. ape2pun, syukran atas komitmen dan semangat yang diberikan.. =)

    BalasPadam
  4. aduh,nape la kak tulis entri penyeksaan jiwa macam ni?

    ana x pernah malu nak menangis pada cinta ana di Segubang...

    BalasPadam
  5. to nani: kalau nak singgah Segubang, bgtau akak.. =)

    to Ata: alamak! ampun...~

    BalasPadam
  6. sakinah.....adakah anda semua sanggup menetap di kepulauan Borneo untuk berdakwah dgn berjauhan dengan family n yg tersayang???kalau sanggup kita pg sama2 k,dah rindu ngan Sabah dah niiiiii....argghhhh tensen

    BalasPadam