Khamis, 23 Disember 2010

Happy Ending, ameenn~

Alhamdulillah.
Pejam celik, pejam celik..
Saya hampir ke garisan penamat.
Ya..
Tersangat hampir..



Mungkin larian saya sebelum ini
agak tersemput-semput,
agak tersekat-sekat,
agak slow & steady..

Mungkin juga tidak berlari sebenarnya..
Mungkin hanya berjalan perlahan,
mungkin juga hanya merangkak,
mungkin juga sekadar berlari-lari anak...

Saya sendiri merasakan
larian saya tidak sekuat, sederas dan sekencang mana..
Kenapa?
Mungkin kerana halangan di landasan..
Mungkin kerana teruja dgn permandangan di kanan kiri landasan..
Atau mungkin kerana tidak cukup kekuatan utk melajukan larian..

Wahai diri,
Dah tiba masanya
untuk berhenti ber''mungkin-mungkin'' ni..
Fokus kepada persoalan dan penyelesaian,
"Bagaimana caranya untuk melajukan larian
dan tiba ke garisan penamat sebagai seorang juara??"

Kadangkala larian jadi tidak konsisten
Kadang-kadang laju memecut
Kadang-kadang hanya berjalan perlahan
Kadang-kadang hanya bertatih
Kadang-kadang berhenti seketika
Hampir juga ingin berhenti terus
dan mengaku kalah sebelum tiba di garisan penamat...

Masa semakin singkat
Garisan penamat semakin hampir
Trofi kejayaan semakin jelas terbayang
Angan-angan semakin kuat
Tapi..
Halangan semakin bertambah
Landasan pula semakin mencabar
Namun,
Larian tetap perlu diteruskan!!



Mudah..
Letakkan Allah dalam hati
Bersangka baik pada takdirNya
Optimis dengan ketentuanNya
Percaya pada diri
Bersungguh-sungguh dalam tindakan
InsyaAllah larian pasti akan bertambah laju..

Berjaya kita dengan izinNya
Gagal kita jua dengan izinNya
Jangan berputus harap
Kerana
Allah tahu kehendak hati kita....

[Sakinah Ropien, 2010]  (^.^)

*******************************************************************************


Notes to :
Cik Aida Rahayu Mohd Badri

(anggaplah hari ni 20 Disember ye, hehe)
Selamat Hari Lahir~
Selamat menempuh alam dewasa (aiceh~)
Moga terus istiqamah dan thabat dalam perjuangan..
Maafkan salah silap saya sejak kita mula kenal sampai bila-bila nanti..
Maaf, hadiah postpone ye..huhu...~

Yang benar dan tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka,
Sakinah Ropien =)

4 ulasan:

  1. terima kasih sakinah..
    u just put a smile on my face.. =)

    sakinah dah hebat bermadah pujangga.. i know its truly from ur heart..teruskan~
    tafsirkan suara hati melalui tulisan

    BalasPadam
  2. salam kinah..baju tu,ada jugak yg sama lahhhh..huhu..

    moga kita tetap terus dan terus dan terus berlari~

    BalasPadam
  3. Semoga Berjaya!!! :-)

    BalasPadam
  4. to aida:
    sama2..when it comes from my heart, it shows the shape of my heart...aiceceh~ haha.. =p

    to my kembar nama, sakinah:
    kinah ni suka tiru laaa...hehe~

    Selama jantung berdetak, selama itupun
    Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
    Terus berlari agar hidup ini bererti..

    Jom teruskan berlari!!!~

    to Farid Albariti:
    Terima kasih byk2..!

    BalasPadam