Jom, saya nak kongsi cerita yang pernah saya baca.
Maka tersebutlah kisah........~
Ada suatu ketika, dalam sebuah kampung, terdapat lapan orang pemuda. Mereka mempunyai perwatakan yang berbeza-beza namun takdir penentu Allah telah menetapkan, mereka bertemu dan bersahabat. Maka terjalinlah ukhuwwah yang mantap. Walaupun berbeza-beza watak, dalam kalangan mereka tetap punya persamaan. Tujuh orang daripada mereka merupakan pencari mutiara (yang mana merupakan pekerjaan warisan di kampung mereka) manakala seorang lagi adalah pendayung sampan. Dalam era serba moden begini, tak ramai pemuda yang ingin mewarisi pekerjaan ini, walhal pekerjaan seperti ini boleh mendapat keuntungan yang banyak. Huh, amat rugilah bagi mereka yang tidak sedar.
Maka ramailah yang keluar ke bandar mencari pekerjaan. Lapan orang pemuda tadi tidak peduli apa kata orang dan ‘title’ orang lain pada mereka, ‘’budak kampung’’ ke ‘’ketinggalan zaman’’ ke, itu bukanlah hal yang besar bagi mereka. Yang penting, mereka telah sama-sama berikrar untuk mempertaruhkan nyawa di lautan bagi memberi kebaikan kepada penduduk di kampung mereka.
Setiap kali sebelum turun ke lautan, mereka akan membuat perancangan teliti untuk mendapatkan mutiara yang berkualiti. (jangan ingat nak PRK je rancang srategi bagai nak rak, cari mutiara pun kena ada strategi jugak tau). Setiap kali misi hendak dilaksanakan, si ketua akan memastikan sahabat-sahabatnya telah cukup persediaan jasmani, emosi, rohani dan intelektualnya . Tak lupa juga kepada rutin hariannya, menyampaikan taujihad kepada sahabat yang lain sebelum meneruskan misi.
Pada suatu hari, pada hari pertama mereka bekerja bersama-sama...
“Ingat sahabat-sahabat, setiap kerja yang kita lakukan mesti kita niatkan kerana Allah Taala. Yang penting kita lakukan kerja yang halal. Penduduk kampung berharap pada kita, maka marilah kita bekerja bersungguh-sungguh...” kata si ketua kepada yang lain.
“Betul,betul,betul...Eh, tapi, kalau kita semua turun ke laut, siapa yang akan menjaga keselamatan kita dari atas?” tanya salah seorang daripada mereka.
Maka, jawab sahabat mereka si pendayung sampan, “Jangan risau sahabatku..INNALLAH MA’ANA. Selain daripada Allah yang akan melindungi kamu, aku akan berada dalam sampan untuk melindungi kamu semua..”
Mereka berasa lega tetapi tiba-tiba, salah seorang daripada mereka bertanya lagi.
“Siapa pula yang akan membawa kita ke tengah lautan? Kita semua tidak cekap mendayung sampan..”
Jawab si pendayung sampan lagi, “Ish! Kamu ni..aku kan ada..jangan risau, yang penting matlamat kita tercapai..”
Kemudian, mereka pun menerusan pelayaran dengan misi yang jelas, untuk mencari mutiara yang berkualiti. Dalam tempoh perlayaran, mereka berbincang sesama mereka tentang strategi yang terbaik dan berkesan kerana mencari mutiara bukan semudah yang kita sangkakan. (Tak percaya? Cubalah... ) Si pendayung pun tidak lokek ilmu dan turut berkongsi tentang keadaan lautan, peraturan-peraturan lautan, cara mengatasi rintangan angin dan rintangan dalam laut, membuatkan tujuh yang lain berasa sangat bersemangat dan lebih yakin. Tiba-tiba...........!!!
Angit bertiup sangat kencang! Ombak bergelora dengan sangat kuat! Suasana sangat genting pada waktu itu! Sampan terhuyung hayang hampir terbalik! Habis air laut terpercik masuk ke dalam sampan mereka! Ya Allah..Semuanya menjadi panik! dan berpegangan tangan untuk mengelakkan terpisah antara satu sama lain..dalam benak fikiran mereka, yang mereka ingat hanyalah MATI....
Tanpa sebarang amaran, tiba-tiba datang angin yang sangat kuat memukul mereka!! Dan, perancangan Allah Taala telah menetapkan. Kita hanya merancang dan menyangka, Allah jua yang mentakdirkan..........
(bersambung.....)
*apa yang terjadi pada lapan sahabat ini? Berjayakah mereka menempuh cabaran di lautan dengan jayanya? Dapatkah mereka pulang dengan selamat? Apakah yang terjadi seterusnya? Untuk kisah yang lebih lanjut, nantikan episod-episod yang akan datang....*
tika jiwa resah mencari2 ke mana hati supaya kembali menulis, penulisan ini jd pengubat. terima kasih..
BalasPadamdoakan..
Tertunggu2 nak tahu jawapan cerita...
BalasPadamTapi, nasib baik pakai spek hitam, senang kalau nak jenguk blog ni, Bersinar dan berpinar... :-)
to aida: boleh jadi doktor la saya mcm ni...ok, kalau sakit, xde idea, dtg sini saya bagi ubat..huhu
BalasPadamto farid albariti: glow in the dark gitu... pasni, pakai spek 3D pulak..