Selasa, 1 Jun 2010

Hikmah Terputusnya Bekalan Elektrik

Ketiadaan elektrik di UKM pada siang hari semalam (Isnin) memberikan saya hipotesis awal bahawa KELAS SEJARAH PEMIKIRAN 1 pada jam 2 ptg itu akan DIBATALKAN. Ya..hipotesis diterima, maka kesimpulan yg dapat dibuat ialah kelas ditangguhkan pada hari Selasa.

Namun, utk tidak membiarkan pelajar2 kesayangannya pulang dgn tangan kosong, maka En Hasnan menamatkan kelasnya dgn bercerita tntg sebuah kisah kehidupan. Ceritanya berbunyi begini....

Diceritakan bahawa ada seorang rakyat Australia yg baru sahaja pandai berahasa Melayu ingin ke bandar Kajang. Namun, dia takut sekiranya jalan yg sedang dilaluinya itu adalah salah. Maka, dia pun bertekad utk bertanya sesiapa pun yg dijumpai sepanjang perjalanannya itu walaupun dalam keadaan dia masih belum betul2 mahir berbahasa Melayu. Akhirnya dia ditakdirkan utk bertemu dgn seorang budak kecil (sekolah rendah mungkin..)

Rakyat Australia: Betul ke ini jalan menuju ke bandar Kajang?
Budak kecil : HAAH...!(sambil menganggukkan kepala)

Rakyat Australia ini tadi keliru dan masih kurang faham tntg jawapan bdk kecil ini. Kerana tidak berpuas hati, dia pun meneruskan perjalanannya dgn harapan akan bertemu dgn org yg boleh memberikan jawapan yg memuaskan hatinya. Akhirnya, dia ditakdirkan pula bertemu dgn seorang remaja...

Rakyat Australia: Betul ke ini jalan menuju ke bandar Kajang?
Remaja : BENAR..! (sambil menganggukkan kepala)

Jawapan drpd remaja tadi agak memuaskan hatinya dan menguatkan lagi keyakinannya bahawa jalan yg dilaluinya itu betul menuju ke bandar Kajang. Dan akhirnya, ditakdirkan pula rakyat Australia ini bertemu dgn seorang dewasa yang berpakaian kemeja dan smart, lalu soalan yg sama diajukan...

Rakyat Australia: Betul ke ini jalan menuju ke bandar Kajang?

Dewasa : BETUL...! (sambil menganggukkan kepala)

Rakyat Australia : Hah!! Inilah jawapan yg aku cari!! (katanya dalam hati)
Terima kasih encik..sekarang saya yakin bahawa jalan ini betul2 ke bandar Kajang. Tapi, boleh saya tanya. Kenapa apabila saya ajukan soalan yg sama, seorang budak kecil memberi jawapan HAAH..manakala seorang remaja memberi jawapan BENAR.. dan encik pula menjawab BETUL? Bukankah jawapan yg mereka berikan sama maksudnya dgn jawapan encik? Kenapa jawapan anda bertiga berbeza?

Dewasa: (sambil tersenyum) Jawapan HAAH yg diberikan bdk kecil itu menandakan bahawa
tahap pemikirannya di tahap lepasan seorang bdk darjah 6. Jawapan BENAR yg diberikan oleh remaja tadi menunjukkan tahap pemikiran lepasan pelajar tingkatan enam manakala jawapan BETUL drpd saya tadi menandakan tahap pemikiran di tahap pemikiran lepasan universiti. (agak angkuh disitu....huhu)

Rakyat Australia: Owh..betul ke begitu keadaannya?

Dewasa : HAAH..!!! Eh.....err......


Daripada situasi yg berlaku di atas, En Hasnan simpulkan bahawa, utk melihat tahap pemikiran seseorang itu adalah apabila dia menghadapi situasi yg spontan. Contohnya ye...Seseorang yg diamanahkan utk membentangkan sesuatu pembentangan boleh bersiap sedia dgn pelbagai maklumat apabila diberikan masa utk bersedia (contohnya 3 bulan utk membuat persediaan pembentangan). Bermakna, dia membentang hasil drpd persediaannya selama 3 bulan itu dan itu tidak menggambarkan bagaimana corak dan tahap pemikirannya. Tetapi sekiranya dia ditanya dan dan dia menjawab dgn spontan berdasarkan pemahaman yg sedia ada, maka dari situlah kita boleh melihat tahap pemikirannya.

Dan sebab itulah matapelajaran SEJARAH PEMIKIRAN diperkenalkan. Tujuannya adalah utk melahirkan mahasiswa yg MAMPU berfikir dgn kritikal. Besar harapan pensyarah2 ini utk melihat mahasiswa yg mempunyai tahap pemikiran kritikal, yg mampu mengkaji dan menganalisa setiap segala sesuatu yg diperhatikan, bukannya mahasiswa yg tahap pemikirannya di tahap pemikiran PICISAN.Saya ulang, PICISAN ye kawan2... Yang hanya tahu merespon isu-isu dan perkembangan hiburan dan artis2 di dalam dan luar negara. Yang akan mengeluh apabila dipaksa utk berfikir perkara2 yg agak heavy.

"Isy, banyak gler tulisan..tebal plak tu buku ni..pekejadahnya aku nak baca..."

"Ini bukan tahap aku, ini tahap pensyarah ni...tinggi sangat...."

"Adoi, susah gler nak faham k0t......berat sgt ah..x larat otak aku nak terima.."

Nah...itulah jawapan yg selalu keluar dari mulut2 mahasiswa zaman kini. (Tapi tak semuanya...)

Jadi, sebelum bersurai En Hasnan tekankan sekali lagi agar PAKSA DIRI UTK BERFIKIR.

Dan selepas bersurai, saya meneruskan destinasi ke satu tempat yg dinamakan WARTA di Bandar Baru Bangi ini.

Utk tujuan apa???
Utk mencari kebenaran...~
Kebenaran apekah??
Tunggu.........=)

2 ulasan:

  1. sebagai ahli gerakan, kita tidak akan lari dari berfikir. malah ia perlukan kemahiran untuk membentuk pemikiran strategik~ =) terbaguss sakinah..

    cari kebenaran utk cari keredhaan, insyaALLAH

    BalasPadam