Ahad, 6 Jun 2010

Hikmah Rosaknya Handphone

Bersambung...

Tujuan utama kunjungan saya dan Aida ke Warta adalah utk menghantar handphone sy utk dibaiki. Tahap kerosakannya itu mampu membuatkan sy berkabung selama sebulan (owh~agak hiperbola di situ).

Sementara menunggu ia dibaiki, maka sy dan Aida pun mengambil keputusan utk meronda2 seluruh bangunan. Kalau namanya dah sampai shopping complex, kalau tak shopping, window shopping pun jadi la kan...

Hah!! Bila sampai je kedai kasut, kami teringat tentang maklumat kasut crocs. Beberapa hari yg lepas ada seorang sahabat sy mengejutkan sy tentang pendedahan adanya perkataan Allah pada simbol kasut crocs. Haih~ Terus sy teringat kasut crocs sy. Namun selepas pendedahan tersebut, sy tak sempat nak check. "Xde kot..." hati sy berkata2 waktu itu.


Dan alang2 dah singgah kedai kasut waktu tu, kami pun mulakan operasi MENCARI KEBENARAN yg sy maksudkan dlm post yg lepas. Kami selongkar dan belek2 semua kasut crocs kat kedai2 yg kami singgah. Haha. Dah macam apa je...mesti org2 kat kedai tu pelik. Apa la yg dua org budak ni kerjakan. Tapi hasilnya, mmg ada kasut crocs tu yg berlaku sama seperti di atas. Geram rasanya. Sampai kasut pun nak buat macam ni. Memang menghina betul. Panas je waktu tu...(dah la handphone rosak..haih~ sabar2)

Lepas tu, tak cukup dgn kasut crocs, kami terjumpa pula 'benda alah' kat bawah ni. Buka mata besar2, teliti betul2, cuba trace apa yg pelik pd mainan tersebut.


Nampak tak? Haa?? Tak nampak?? Ok, nak kena bg hint ye? Baiklah...
Pada patung lelaki tu, lihat pada lambang warna merah pada bajunya.
Pada patung perempuan, apa benda warna biru kat kepala dia tu?
Lambang merah dan benda biru tu......kamu tak rasa pelik?
Ntahla..sy rasa pelik...macam ada hidden agenda..

Selepas selesai segala urusan di Warta, kami pun pulang ke rumah. Dan di dalam kereta, kami melepaskan geram masing2. Kasut dan patung permainan yg betul2 menyentuh sensitiviti kami sebagai umat Islam. Mungkinkah penemuan2 ini merupakan konspirasi dan propaganda puak2 musuh Islam?? Sama2 kita fikirkan dan bukan setakat berfikir, tapi sama2 lah kita bertindak mengikut kemampuan kita masing2.

Sesampainya di rumah, kami terus menuju ke arah kasut crocs kami. Dgn penuh harapan kami berdoa harap2nya tak ada la benda2 yg tak sepatutnya. Pergh~ bila dah puas belek2, memang rasa macam.................haih, tak tau la. Tak terucap. Tengok la sendiri...


-lambang asal-


-bila diubah posisi sedikit-

So, macam mana? Dah nampak kan. Sama2 renungkan.....
Owh, by the way, check this out.
Tak ada gas pemedih mata. Patut la dari rumah rasa macam malas je nak bawak garam. Hehe.

2 ulasan:

  1. Adakah ada research sebelum posting?
    heran sangat kenapa Islam (MELAYU) malaysia takut sgt dengan simbol2…
    Mungkin sebab melayu islam memang tak cukup kuat akidahnya kot…
    Ada apa pada simbol?
    Jika takut akan pergerakan dan simbol itu.. menampakkan sgt anda percaya kepada benda2 syirik…

    BalasPadam
  2. Saudara/i Anonymous,

    Saya cdgkan saudara/i cuba baca link di bwh:

    http://www.ustaznoramin.com/2010/02/kafir-semakin-berani-umat-islam-semakin.html

    http://www.ustaznoramin.com/2010/05/kasut-crocs-ada-kalimah-allah.html

    http://epondok.wordpress.com/2010/05/27/kasut-crocs-tiruan-hina-nama-allah/#comment-742

    Seterusnya terpulang pada saudara/i utk terima atau tidak. Secara peribadinya, saya lebih utk mengambil sikap berhati2 dan cuba mengelak drpd terjerumus dgn perkara2 spt ini.

    Terima kasih saudara/i Anonymous tapi ada satu prkara yg sy x brape nk fhm dan mungkin saudara/i boleh terangkan pd sy...
    ap yg saudara/i mksdkan dgn
    "Jika takut akan pergerakan dan simbol itu.. menampakkan sgt anda percaya kepada benda2 syirik…"

    Harap dpt diperjelaskan dan saling berkongsi2 ilmu. =)

    WALLAHUA'LAM....

    BalasPadam