Rabu, 3 Mac 2010

Lelaki itu yang bertakhta di hatiku~

Takde yg kontroversi pun dgn tajuk post sy kali ni..cuma post kali ini khas utk lelaki yg saya saaaangat sayangi...siapa lagi kalau bukan ROPIEN BIN JOKIMAN..

Ya, siapa lagi kalau bukan ayah saya dlm hati saya. Insan yang banyak...terlalu banyak berjasa dalam hidup ini. Insan yang saya panggil abah ini yang mendidik saya menjadi seseorang. Supporter saya dalam diam.

Selama 4 tahun hidup bertiga sahaja bersama mak dan abah tanpa ada adik yang lain, sudah tentulah saya menjadi kesayangan mereka berdua. Apa sahaja kehendak saya yang mereka boleh turuti, mereka akan turuti. Pernah dulu waktu umur saya 3 tahun, saya minta mereka belikan 'seekor' teddy bear yang sangat comel yg saya nampak di PKNS Shah Alam. Tapi abah bertegas tak mahu belikan. Dan saya juga bertegas nakkan teddy bear tu. Biasala...kalau budak kecik tak dapat apa yg diorang nak, apa akan diorang buat? NANGIS...ye, saya nangis sampai tertidur. Dan apabila saya sudah terjaga dari tidur, saya dah berada di rumah. Tiba-tiba, saya teringat teddy bear comel tadi. Apa lagi, nangis dan melalak semula. la saya...tahu apa tindakan abah saya?

Kamu 1 : buat muka garang....




Kamu 2 : bagi penampar ke cubit sikit ke...



Kamu 3 : buat x layan...



Kamu 4 : buat2 tidur sambil menyuruh sakinah tidur semula...

SALAH!!!~

Abah saya keluar dari rumah dan pergi ke PKNS semula dan belikan teddy bear comel tadi. Pergh~ Ingat dekat ke PKNS dgn rumah..tapi abah sanggup pergi PKNS semula semata2 kerana saya!

Pernah suatu hari dulu, abah bawa kami satu family jalan2. Saya ingat lagi waktu tu saya masih belajar di sekolah rendah. Waktu tu on the way nak pergi mana ntah (x ingat), kami semua ada dalam kereta, dan di atas jambatan Sungai Klang itu abah menasihati saya. Sambil menunjukkan seorang wanita yg sedang berjalan kaki, bertudung tapi berpakaian agak ketat dan tidak mengikut spesifikasi yg ditetapkan syara', abah pun berkata :

“Kaklong dah besar nanti jangan macam tu. Nak tutup aurat, tutup aurat elok-elok”



Serius! Nasihat itu masih terngiang2 sampai sekarang.

Kini, walaupun dah besar panjang, umur pun dah 20..saya masih anak abah yg dulu. Semua benda nak cerita kat abah. Apa yang berlaku pada saya di UKM semua saya cerita pada abah. Kalau tak call, SMS pun jadi la. Dan respon drpd abah tak mengecewakan. Abah sentiasa membalas SMS-SMS saya dengan kata2 semangat yang membuatkan saya sentiasa dapat bangkit dengan cepat di saat2 saya tengah down waktu tu. Bukan saya tak mahu ceritakan pada mak, tapi mak cepat sangat risau. Mak akan jadi resah dan tak keruan bila dia risau. Saya tak nak mak risau sangat, sebab tu bila dah settle sesuatu masalah yang saya alami, baru saya ceritakan pada mak. (itupun dia risau...huhu)
Mak, abah...



terima kasih banyak2....


doakan anakmu ini thabat dalam perjuangan...


Abah saya kata: "first time org bg kek birthday kat abah.." =)




Ini pula LELAKI KEDUA yang bertakhta di hati saya..




Budak kacak ni adik saya.(Dia sendiri yg mengaku kacak...hmm, layan~) RUZAIN BIN ROPIEN nama diberi. One of SPM candidates for this year. Macam yg saya katakan dalam post saya dalam facebook yg lepas, anak kedua ni pelik. Pelik but LUAR BIASA dan SPECIAL. Kadang2 saya malu dengan budak kacak ni. Selalu dapat tazkirah2 bila ada kat rumah. Saya memang respect dan tabik spring la kat dia!


Dulu, pernah saya ragu2, boleh ke die jaga adik2 kalau saya takde. Tapi ternyata sekarang, dia boleh lakukannya. Sangat bertanggungjawab. Jangan main2 dengan budak kacak ni. Saya pun selalu kena marah dengan dia. Sekarang saya dah tak berapa nak risau, andaikata saya pergi meninggalkan dunia ini lebih awal daripada dia, mak dan abah, saya yakin dia boleh jaga keluarga kami dengan baik. Dia dah boleh diharap dan boleh dimintak tolong.

Andaikata Allah takdirkan abang dapat furher study kat Jordan, yg mmg abang impikan selama ni, kaklong dah tak risau. Kaklong tau, abang boleh jaga diri. Kaklong doa, moga kita adik-beradik berjaya dengan cmerlang sangat2, bukan sekadar utk kita hadiahkan pada mak dan abah yg selama ni bersusah payah jaga kita adik-beradik, tapi jugak supaya kita dapat bagi manfaat pada masyarakat kita. Ingat, harapan mak dan abah pada abang. Kalau abang dapat jd islamic economist yg berjaya, mesti abah n mak bangga. Tapi xpela, jadi la apa yang abang nak jadi, pilihlah apa yang abang minat. Jangan risau, kaklong support dr belakang.




My heroes~

Khas utk mak, abah, abang, kaklang, kakak n adik...

My dearly papa, my ment0r...
My dearly mama, my l0ve....
My dearly br0, my buddy...
My dearly sis, my supporter...
My dearly twin sis, my sweetheart...
I love y’all...
You are my family, my heart and my strength....<3>



8 ulasan:

  1. menitis air mataku keharuan..

    ...


    ...

    Allah, rahmatilah keluarga ini....juga keluargaku...

    isk isk..isk..

    BalasPadam
  2. ameeennn..moga Allah memberkati jua family pak cik Badri yg dh ku anggap seperti keluarga sendiri...ameen...ameen...ya rabbal 'alameen...

    BalasPadam
  3. skemanya gmbr pcik ropien n abang hehehe

    smoga Allah memberkati keluarga pacik Asis jgk..:))

    BalasPadam
  4. 20 ke 21 sakinah??
    ayah awk juge kacak sprti adk awk..weeeeeee
    saya sayang ayah saya..

    BalasPadam
  5. kak azma: hehe...ameen...

    sarah: isy!! diam2 sudah.....=p

    BalasPadam
  6. keluarga bahgia...oh...keluarga bahgia (nyanyi)

    BalasPadam