Khamis, 25 Februari 2010

T0gether we unite!!~

Setiap orang punya impian, setiap orang punya harapan, setiap orang punya angan-angan. Bagaimana dengan kamu?

Impian, harapan dan angan-angan yang kadang-kadang mustahil untuk dicapai, kadang-kadang tak mustahil untuk dicapai. Tapi bagi saya setiap impian, harapan dan angan-angan yg disertakan dengan usaha, doa dan tawakal tak mustahil akan dicapai. Pendapat kamu pula bagaimana?

Saya impikan suasana hidup yang harmoni, tinggal di sebuah negara yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan dan panduan, syariat Islam dilaksanakan sepenuhnya, keadaan persekitaran yang dihiasi dengan biah solehah dan setiap rakyatnya beriman kepada Allah, melakukan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Kamu pula bagaimana?

Untuk mencapai impian ini, seharusnya saya tidak boleh berpeluk tubuh, berdiam diri dan hanya memerhatikan sahaja tanpa berbuat apa-apa. Seharusnya bukan saya seorang sahaja yang berfikir sebegini, kamu juga mesti berfikiran seperti saya. Kita perlu saling bekerjasama dan saling membantu dalam agenda mengembalikan semula khilafah dan mendirikan daulah.


Dalam hal ini, saya selalu mengimpikan bahawa kita sama-sama bergerak kerja menyuburkan gerakan dakwah tanpa mengira jemaah mana yang kita intima’kan diri di dalamnya. Biarpun method, kaedah dan pendekatan kita berbeza, namun matlamat kita sama iaitu kita sama-sama ingin menegakkan Islam di muka bumi Allah yang sangat luas ini.

Namun, kadang-kadang sebahagian individu menganggap impian saya ini retorik dan mustahil dicapai dek kerana perbezaan pendekatan yang kita gunakan. Kata mereka, usah terlalu memikirkan soal perbezaan dan kepelbagaian jemaah ini. Masing-masing seolah-olah mahu memenangkan jemaah masing-masing. Berlaku pula tikam dari belakang. Ya, saya sendiri pernah mengalaminya. Wahai saudaraku sekalian, tolonglah...tolong sangat2....

Kenapa perlu fokus pada perbezaan kita sedangkan impian dan matlamat kita sama. Bukankah titik persamaan antara kita itu yang penting. Saya yakin, ada yang tidak bersetuju dgn saya dlm hal ini. Tak mengapalah, sudah saya katakan pada kamu awal-awal lagi, pandanganku mungkin berbeza daripada pandanganmu (baca di header blog saya).

Kadang-kadang bila saya ceritakan cita-cita dan impian saya, ada yang ketawa dan senyum sinis. Ah, peduli apa saya. Ikut suka hati saya lah. Yang penting, setidak-tidaknya saya ada impian dan matlamat hidup. Apa pun, biarlah setiap yg kita lakukan niatnya kerana Allah.

Jom muhasabah....

“Wahai abnaul haraki penegak Islam,
Rasul bermadah lagi satu janji dan aspirasi
(Islam itu tinggi dan tiada yg lebih tinggi daripadanya).
Cuma yang belum pasti, adakah kita ini tinggi peribadi utk memikul amanah suci?
Kita asyik berjaga malam utk liqo’ dan gerak kerja tapi kekadang terlepas tahajud, qiamullail. Kita kuat juang tapi kurang mentadabbur al-Quran.
Kita banyak berceramah tapi zikir entah ke mana.
Kita teguh jihad menegakkan Islam tapi kontang dari sudut ilmunya.
Kita hanya pandai bercakap tapi adakah kita melakukannya?
Kita banyak berbuat dosa (tanpa sedar katanya) tapi bertaubat jarang sekali.
Kita banyak bercakap soal ikhlas namun perasaan riak seringkali menguasai diri.
Adakah kita layak digelar jundinya di akhirat nnti?
Takutnya diri andaikata segala pengorbanan yg dilakukan hanya menjadi debu-debu yg berterbangan tiada erti...
sama2lah kita muhasabah...”


3 ulasan:

  1. Sakinah...aku tak senyum pun baca entry ni,bermakna ini perkara serius...medium dah ada,takyah susah2...tetap pd perjuangan,atasi provokasi...lupekan soal hati...trmasuklah UBM,nnti kne sound free2..huhuhuhu

    Andai seorang lari dr perjuangan,akan ada 1000 org akan mengantikanya,jemaah tidak memerlukan kita,kita yg memerlukan jemaah...TAKBIR!!!

    BalasPadam
  2. sarah td nak bahas pasal UBM tp segan..awwwwwwww
    kan3 sarah??:)

    BalasPadam
  3. nnti tak pasal2 kne sound...eeeuuuwwwww

    BalasPadam