Khamis, 25 Februari 2010

Besarnya tanggungjawab kita...



Saidina Umar Al-Faruq ada berkata :

Kita adalah satu kaum yang Allah s.w.t muliakan dengan Islam, maka sekiranya kita mencari keizzahan dan kemuliaan selain daripada yang Allah s.w.t muliakan maka Allah s.w.t akan menghinakan kita

Apabila jatuhnya Sistem Pemerintahan Khilafah Islamiyah di Turki pada tahun 1924, negara-negara Islam mula dijajah oleh kuasa-kuasa kuffar barat yang mana tujuan mereka bukan sahaja untuk menguasai tanah-tanah milik umat Islam malah ingin menghancurkan Islam dan ketuanannya di muka bumi. Pelbagai cara yang mereka lakukan bagi mencapai matlamat mereka ini. Tapi, perasankah kita?

Pertama, mereka telah memecahkan kesatuan umat Islam dengan membahagi-bahagikan negara Islam yang dahulunya bersatu di bawah satu pemerintahan khilafah Islamiyah kepada negara-negara kecil. Bukan itu sahaja, malah ditanamkan pula semangat assobiyah bangsa dan negara dalam diri umat Islam.

Kedua, mereka juga telah mengabaikan undang-undang Islam daripada menjadi undang-undang sesebuah negara. Yang paling teruk sekali adalah dengan menggantikan undang-undang Islam kepada undang-undang ciptaan mereka. Agama Islam hanya dijadikan sebagai agama ibadat, adat dan istiadat sahaja.

Ketiga, mereka dengan liciknya telah menyerang pemikiran umat Islam dengan ideologi-ideologi mereka. Diperkenalkan juga dengan teori-teori yang bertentangan dengan ajaran Islam melalui penulisan, pendidikan dan sebagainya.

Kesannya, berlaku perpecahan umat Islam yang sangat dahsyat. Mereka sengaja membahagi-bahagikan negara Islam kepada kerajaan-kerajaan kecil megikut identiti bangsa dan sempadan negeri. Setiap kerajaan tersebut pula mempunyai identiti, ideologi, undang-undang dan sisitem tersendiri. Masing-masing tidak berhak campurtangan. Yang paling menyedihkan ada juga negara-negara Islam yang bergaduh sesama sendiri.

Secara jelas, berlaku juga kefasadan dalam kehidupan umat Islam kesan daripada penjajahan pihak kuffar barat ini. Kerosakan dalam sistem pemerintahan dan politik yang mana Al-Quran digugurkan daripada menjadi dasar utama dalam negara dan syariat Islam dilenyapkan. Kerosakan dalam ekonomi yang mana sistem ekonomi berasaskan riba telah menjadi kebiasaan dalam kehidupan umat Islam. Kerosakan dalam sistem pendidikan apabila pendidikan pada hari ini bersifat sekular iaitu memisahkan agama dengan dunia. Kalau dilihat pada masyarakat hari ini juga telah mengalami kerosakan yang sangat teruk. Gejala sosial, keruntuhan akhlak, jenayah dan pelbagai lagi perkara-perkara yang negatif telah melarat dan menjadi nanah dalam masyarakat. Hal ini semua berlaku berpunca daripada mereka, si kuffar barat!!

Allah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 104 yg bermaksud:

Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang ma’ruf dan mencegah yang munkar. Dan mereka itulah orang yang beruntung

Akhirnya, ulama’-ulama’ Islam yang mempunyai kesedaran Islam telah bangkit kerana mereka sedar bahawa pentingnya umat Islam ini dikembalikan kepada Islam, perlu disatukan semula dan perlunya Khilafah Islamiyah ditegakkan semula. Tidak berpeluk tubuh dan membiarkan sahaja pihak kuffar barat menyesatkan umat Islam. Maka, mereka telah menubuhkan harakah-harakah Islamiyah bagi melaksanakan tanggungjawab dakwah dan jihad untuk menyeru umat Islam kembali kepada Islam dan menegakkan semula khilafah Islamiyah. Muncullah harakah-harakah Islam seperti Harakah Jamaat Islami di Pakistan, Harakah Fidyan Islami di Iran, Ikhwanul Muslimin di Mesir, Harakah An-Nur di Turki dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Malaysia serta banyak lagi.

Harakah Islamiyah adalah gerakan amal Islami yang dilakukan secara berjemaah dan munazzomah (tersusun) yang bermatlamatkan untuk mengembalikan kedaulatan Islam dalam masyarakat dan menegakkan hukum Allah dalam seluruh bidang kehidupan manusia. Ia meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dan rujukan utama. Juga, perjuangannya adalah semata-mata kerana Allah s.w.t. Harakah Islamiyah ini juga bukanlah gerakan dakwah yang hanya terbatas dalam usaha-usaah memperbaiki satu aspek sahaja dalam kehidupan manusia tanpa menghiraukan aspek-aspek yang lain. Begitu juga bukan satu gerakan yang hanya tertumpu kepada golongan-golongan tertentu sahaja malah ia adalah gerakan universal yang melewati batas daerah, kaum, keturunan dan bahasa. Dengan kata lainnya, ia bukanlah suatu gerakan yang eksklusif yang mana hanya untuk golongan yang terpilih dan tertentu sahaja.

Cuba kita koreksi diri kita bersama, dimana kita letakkan diri kita sekarang.

Adakah dengan melibatkan diri
dan memperhebatkan lagi kefasadan-kefasadan yang berlaku pada hari ini
atau
menginfakkan diri dalam perjuangan mengembalikan kedaulatan Islam
dan menegakkan kembali khilafah Islamiyyah?

Tepuk dada, tanya iman.

Pilihan di tangan anda.




2 ulasan:

  1. teruskan usaha menegakkan Islam!! ALLAH telah brjanji islam pasti mng..mgkin kejayaan itu bukan sekarang. namun ianya adalah sbg saham kita di akhirat nnti..jzkk

    BalasPadam
  2. thankz...m0ga sama2 thabat dlm prjuangan...

    BalasPadam