Khamis, 4 Ogos 2011

Ramadhan

Sekiranya kita ditanya, 

“Apakah yang paling menyeronokkan semasa bulan Ramadhan?”

Nescaya, pelbagai jawapan yang akan kita dengar.

“Bazar-yang –sangat-banyak-makanan”
“Solat tarawikh”
“Tadarus”
“Shopping raya”
“Buat kuih raya”
“Main mercun”

Entahlah. Kadang-kadang, kegilaan menyambut raya lebih dirasai berbanding menyambut Ramadhan. Baru sehari Ramadhan, lagu raya sudah berkumandang di corong radio, di pasaraya dan banyak tempat lagi. 

Lupa kot agaknya, bulan Ramadhan ni merupakan bulan yang sangat istimewa. Bukan sahaja bulan berpuasa, bulan kesabaran atau bulan keinsafan sahaja, malah bulan ibadah, bulan kerahmatan dan bulan keampunan. Bulan mana lagi nak dapat kesemua keistimewaan ni?

 bye2 syaiton~

Makanya, jom, siapa nak ikut temankan saya? Kita berlumba berbuat baik dalam bulan ini. 

Maaf, bukan saya yang akan mengadili apatah lagi memberikan ganjaran. Yang selayaknya hanya Dia. Saya dan kamu, hanya perlu berusaha bersungguh-sungguh memanfaatkan masa pada bulan ini dengan sebaik mungkin.

Sementara mata masih boleh melihat, diri masih boleh bernafas, perut boleh menahan nafsu makan, tangan dan anggota lain masih boleh digerakkan untuk beribadah, BERIBADAH YOK! Bak kata Kumpulan Gigi (kumpulan Band dari Indonesia....layan~)

Jom! Sama-samalah kita. Berlumba-berbuat-baik itu sangat sihat lagi menyihatkan... percayalah.. (.^_^.)

1 ulasan: