Jumaat, 25 Februari 2011

Menang Bukan Garisan Penamat Perjuangan


Saya punya satu perasaan, yang tak mampu terluah dengan kata-kata, apabila suatu malam, sehari selepas pengumuman kemenangan GMUKM di UKM, saya diberi peluang untuk masuk, melangkah kaki, duduk dan berbincang dalam bilik PMUKM. Bilik yang tidak asing bagi saya (kerana hampir setiap hari lalu di depannya), namun tidak langsung berpeluang untuk menjejakkan kaki ke dalamnya.

Teruja sangat rasanya mendengar cerita ayah tentang zaman ATMA memerintah sewaktu pengajiannya di UKM dulu. Juga terasa sangat kagum mendengar pengalaman dan kisah ketika zaman IPU memerintah PMUKM. Sudah tujuh tahun menunggu, berusaha dan doa yang tidak putus-putus, akhirnya bilik PMUKM kembali ke tangan orang yang sepatutnya. Isunya bukanlah kerana bilik semata-mata, namun mesejnya sangat jelas. Kembalinya penguasaan ke atas bilik PMUKM bermakna tampuk pemerintahan juga beralih kuasa.

Hari ini, sebelum pensyarah saya memulakan kuliah, beliau mulakan dahulu dengan bertanya pendapat kami tentang isu pilihanraya kampus. Katanya, kini pro-M sudah menang dan akan memerintah, soalnya "What are the outcomes from the Pilihanraya Kampus?". Kawan sekelas saya menjawab, "Our life will change".

Ramai rupanya dalam kelas saya yang sudah menjangkakan kemenangan GMUKM kerana rata-rata mereka sudah tidak lagi memberikan kepercayaan kepada ASPIRASI untuk membawa suara mereka. Kata mereka, "We want changes.." Mereka sendiri mengakui bahawa pimpinan PMUKM ASPIRASI gagal menjaga kebajikan mahasiswa. Kebanyakan mereka mahukan perubahan dari sudut cakna dan ambil berat isu kebajikan. Namun, jauh di sudut hati saya, ada perubahan yang jauh lebih besar dan penting yang perlu dilakukan berbanding isu kebajikan semata-mata.

Ramai yang seronok dengan perubahan tampuk pemerintahan ini, namun ada juga yang bersedih malah takut dengan peralihan ini. Takut dengan kenyataan-kenyataan yang mengatakan apabila GMUKM memerintah, nak buat ini tak boleh, nak buat itu tak boleh. Nak keluar malam tak boleh, nak tengok bola tak boleh, nak duduk berdua-duaan tak boleh, semua wajib pakai baju kurung, semua wajib pakai tudung. (Come on laa~) Saya syorkan, bacalah artikel ini.

Dan saya paling suka dengan respon salah seorang kawan saya yang mengatakan, "Kalaupun bukan GMUKM yang memerintah, benda-benda tu memang wajib dilaksanakan pihak yang memerintah. Tapi pandai-pandailah. Islam kan syumul. Benda yang baik, buat jelah kan.."

Paling lawak, ada juga yang cakap, "Kesian adik-adik lepas ni. Mesti macam-macam tak boleh buat. Nasib baik kita dah nak habis UKM.." Saya sangat optimis dan yakin, bahawa pimpinan PMUKM yang baru diberi mandat ini akan lakukan sehabis baik mereka untuk memerintah, jadi, kalaulah saya berada di pihak adik yang dikesiankan tu, saya akan kata begini pada kakak-kakak saya tu, "Kak, untungnya lah kitorang kak. Rugi betul akak dulu duduk bawah pemerintahan ASPIRASI. Kitorang seronok dan tenang di bawah pemerintahan GM.." Agak-agaknya lah, apa kakak-kakak tu nak jawab? Siapa nak tolong jawabkan??

Dan percayalah, apabila kemenangan sudah berada di pihak kita, kerja dan tanggungjawab akan bertambah. Kemenangan ini bukanlah suatu barang dagangan, yang akan habis apabila digunakan tetapi ia adalah amanah, yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Allah....mampukah kita jawab di hadapan Allah Taala nanti apabila tugas ini tidak dilaksanakan dengan baik. Mungkin kita boleh mengelak dari manusia dengan tidak mengadakan AGM, tidak hadir AGM ataupun berlindung di sebalik tempat yang boleh melindungi diri kita. Tapi cubalah di hadapan Allah nanti, mampukan kita menyorok? Hui, takut..takut..

Jadi kesimpulannya, pesanan buat diri TERUTAMANYA dan orang lain (kalau nak terasa..huhu),
"Sebelum Allah tarik nikmat kemenangan, lebih baik terus pandang ke depan, yg dah lepas diambil sebagai peringatan, yang kalah jangan dibiarkan, yang menang jangan ditinggalkan, bersama kita bergandingan, ke arah mengisi kemenangan, moga sentiasa dilimpahi petunjuk, bantuan dan rahmat Tuhan. Cakap juga jangan asyik nak lebat, kerja juga mesti kena buat"

Wallahu Taala a'lam.

2 ulasan:

  1. semoga Allah kuatkan dan tabahkan hati kita semua..
    amin ya Rabb

    BalasPadam
  2. Nice entry.. syukran shbtku..
    menggeletar tubuh bila diumumkan kemenangan itu.
    tggjwb tergalas, amanah bertambah, tidak terlafaz kata. air mata ada byk maknanya - gembira, mungkin juga gusar.

    sbb apa?
    orang yg mmgg jwtn ini terlalu ramai yg akan menyesal di depan Allah.

    Moga Allah terus kuatkan hati. Tika kaki ini rasa tidak mampu berdiri, tidak lain tidak bukan, Allahlah tmpat mengadu. juga bantuan shbt2 sgt diperlukan. sbb itu BErJEMAAH Lebih Baik.


    sebak pula di malam hari.
    ok. kuat2!! teruskan perjuangan! Jom corakkan UKM ikut acuan Al-Quran~!

    BalasPadam