She never existed before.
The woman existed, but the mother never.
A mother is something absolutely new. "
Lahirnya seorang anak, maka 'lahirlah' juga seorang ibu. Saya bukanlah seorang ibu beranak 10 (tapi bercita-cita ke arah itu, huhu) yang banyak pengalaman, tetapi sebagai seorang ibu yang baru beranak satu, cabaran menjadi seorang ibu memang SANGAT berat. Cabaran menjaganya, mendidiknya, memenuhi keperluan dan kehendaknya dan melayan karenahnya.
Mujur dan syukur, Allah mengurniakan kami suami isteri seorang anak yang mudah dijaga. Ada yang bertanyakan apa amalan saya, tetapi jujur saya katakan, itu semua terjadi BUKAN kerana apa yang saya buat. (Saya rasa saya tak buat apa-apa pun, dan inilah yang menginsafkan saya. (T_T).) Tetapi saya yakin, semuanya berkat doa mereka yang mendoakan dan pertolongan daripada Allah.
Alhamdulillah, melahirkan Faruq, walaupun sakit dan ada cabarannya tersendiri, saya beruntung dan bersyukur kerana sentiasa ditemani suami dan selalu didoakan oleh ibu bapa dan kedua mertua. Secara peribadinya, saya kagum dengan suami saya kerana dia berani menyaksikan bagaimana Faruq dilahirkan. (Tahniah abang! Lain kali temankan kite lagi tau. :) )
( Inilah Faruq yang berumur 1 hari )
Saya tidak sebaik ibu saya, ibu mertua saya dan ibu-ibu yang baik yang ada di muka bumi ini. Tetapi, saya sentiasa berazam untuk menjadi ibu yang baik buat anak-anak saya. Semoga Allah perkenankan. Amiin.
Buat semua ibu dan bakal-bakal ibu serta yang bukan ibu yang sedang membaca, hargailah ibu anda. Doakan kesejahteraannya dan doakan supaya sama-sama kita dihindarkan dari azab api neraka dan sama-sama ditempatkan di syurgaNya kelak. Tidak lupa juga, jangan lupa baca doa untuk ibu bapa kita. Tanpa ibu, tanpa bapa, siapalah kita.