Selasa, 9 Mac 2010

Duhai muslimin muslimat, MARK MY WORDS, PLEASE!~~


-jgn terpengaruh dgn provokasi mereka bertiga (^.^)-

Suka utk saya meminjam kata-kata Soekarno, Bekas Presiden Indonesia:

“Laki-laki dan perempuan adalah sebagai dua sayapnya seekor burung. Jika dua sayap sama kuatnya, maka terbanglah burung itu sampai ke puncak yang setinggi-tingginya; jika patah satu dari pada dua sayap itu, maka tak dapatlah terbang burung itu sama sekali.”

Diubah dlm versi saya sendiri:

“Dalam sebuah gerakan Islam, muslimin dan muslimat adalah ibarat otak kanan dan otak kiri. Jika rosak salah satu, maka rosaklah seluruh anggota badan, maka lumpuhlah gerakan”

Kelebihan yg telah Allah kurniakan berbeza-beza antara muslimin dan muslimat perlu dimanfaatkan sebaiknya demi kelangsungan gerakan. Ada sesuatu pada muslimin yg tak ada pada muslimat, dan ada juga sesuatu pada muslimat yg tak ada pada muslimin. Sebab itulah Allah jadikan kita semua unik. Tutup segala kekurangan sebelah pihak dengan kelebihan sebelah pihak yg lain. Apabila masing2 berlapang dada dan saling menerima, barulah gerak kerja dapat dijalankan dengan suasana yg baik.

Isu muslimat lesu, lembap, lambat, sl0w, tak diberi peluang...isu muslimin laju sangat, tak beri peluang pd muslimat...saya anggap dah tak releven. Muslimin pada hari ini saya lihat telah memberi peluang seluas-luasnya pada muslimat utk terkehadapan, memberi pendapat, idea dan pendirian. Muslimat juga saya lihat pada hari ini telah mula menunjukkan taringnya. Namun, masih juga ada segelintir yg masih mahu berada di takuk yg lama.

Namun harus diingat, dalam agenda perjuangan ini, muslimat masih perlu menjaga batas2, adab dan akhlak sebagai seorang wanita. Tidak salah utk muslimat terkehadapan, menonjolkan diri menyumbang idea dan pendapat, tapi adab masih perlu dijaga agar tidak mendatangkan fitnah.

Ustazah saya pernah memberi teka-teki kpd kami.


“Apa yg lelaki boleh buat, tapi perempuan tak boleh buat. Boleh buat sebenarnya, tapi jarang org perempuan nak buat??”.

Kalau kamu, apa yg akan kamu jawab??? Disebabkan kami gagal menjawab, ustazah pun memberikan jawapannya.

“ Jawapannya ialah GALI KUBUR. Ada org perempuan nak gali kubur?”

Ustazah pun memberikan nasihat.

“Kita ni sebagai perempuan, walau sehebat mana pun kita, jangan berlagak, jangan tabik dada, kata kita ni hebat. Kita kena akur, tak semua yg lelaki buat, kita boleh buat.”

Apa yg boleh saya simpulkan, jangan rasa kita ini hebat kalau kita rasa kita boleh buat lebih drpd lelaki. Bagi saya, indikator hebat atau tidak muslimat itu bukanlah diukur pada keupayaannya melakukan apa yg muslimin boleh lakukan, tapi muslimat itu nampak hebat apabila berani menyuarakan pendapat, berani utk menyatakan perkara yg haq, arif dalam pelbagai bidang ilmu dan mantap dalam gerak kerjanya dan pada waktu yg sama masih menjaga akhlak sebagai seorang wanita. Allah dah cipta lelaki dan perempuan dengan keupayaan masing-masing, maka bersyukurlah dengan nikmat kelebihan yg diberi.

Oleh itu, wahai muslimat sekalian, jadilah HEBAT bukan kerana mahu mengatasi muslimin. Jadilah AKTIF, bukan kerana mahukan namanya disebut-sebut. Jadilah MANTAP bukan kerana mahukan pujian drpd muslimin ataupun org lain. Tetapi jadilah AKTIF, HEBAT dan MANTAP kerana kita jelas akan tujuan dan matlamat perjuangan kita.

Untuk muslimin pula, jangan dipandang pada rendah dan kecilnya fizikal kami, tetapi pandanglah pada tinggi dan besarnya semangat dan cita-cita kami. Marilah kita bekerjasama dgn baik demi perjuangan menegakkan yg haq dan meruntuhkan yg batil.

Please, MARK MY WORDS..

“Yang LEMBUT, tak semestinya LEMAH.
Yang AGRESIF, tak semestinya HEBAT.
Pantang berundur, pantang menyerah.
Muslimat MANTAP harapan ummat!!”

TAKBIR!!

12 ulasan:

  1. Nabilah Maiyidin like this post sooooo much~~

    BalasPadam
  2. muslimat........
    aktif, hebat, mantap3x...

    smg gerakan muslimat terus ke depan!..
    tp, sape bertiga yg dimaksudkan dlm gmbr tu ek??..
    (berfikir....)

    BalasPadam
  3. wah kami sokong ustazah!

    BalasPadam
  4. muslimat hebat!mantap2

    BalasPadam
  5. muslimat arini dilihat sangat hebat!tahniah la

    BalasPadam
  6. menantikan kebangkitan muslimat UKM.. selepas ini boleh menerajui kepimpinan mahasiswi.. Aktif! Hebat! Mantap!3x.. kalau dah tukar slogan tlg maklumkan..

    BalasPadam
  7. kak nabilah: thankz~~ wr0te it fr0m the b0tt0m of my heart~ =)

    ust hafizan, ust din, ust fariq, ust fadhil: mslimin pon aktif, hebat, mantap3x!!!

    ust hafizan: gmbr semata2 hiasan, ok?

    GAMIS: terima ksh..doakan kami d UKM...=)

    BalasPadam
  8. salam alayk sahabatku...kinah!

    alhamdulillah,roh jihad yang ade dalam jiwa muslimat hari ini harap2 dapat dikongsi bersama semua~

    siyes,cakap..rase gembira sebab ade gang..kita pun skang ni active dalam persatuan gak..tp kat sini la kinah..

    really lookin forward to have a sharing session wiv u...hati ke hati sebagai pejuang..
    nnt kita chatting-meeting ag..needed..

    selamat & selamat lagi wahai kawanku..
    semoga Allah tsabatkan kita ..ameen!

    BalasPadam
  9. ust zul: terbaikkkkkkkk!!!~~

    aimi athirah: insyaAllah, xde hal la..jom kita sharing...i need ur brilliant ideas...=)
    moga kita sme2 tsabat dan terus istiqamah...FASTAQIM KAMA UMIRT, insyaAllah...

    BalasPadam
  10. terbaik enti...
    sampaikan nya kepada muslimat dan muslimin..
    bawa arus perubahan
    dimensi baru telah bermula..

    IBN KHALID

    " berfikir untuk memikir"

    BalasPadam