Jumaat, 15 Januari 2010

Jadilah Diri Sendiri




Sesungguhnya manusia tidak akan melihat
sebarang kebaikan pada dirinya sekiranya dia tidak melihat
dengan kacamata syukur, redha dan qanaah.

Sepanjang masa dia menghabiskan masa dengan
mengkagumi individu lain dan memandang rendah dan hina
terhadap dirinya sendiri.

Manusia yang seperti itu
tidak akan menemui
kepuasan, ketenangan dan kedamaian hati
selama-lamanya.

Sebaliknya hanya merasa letih
dan rasa terbeban
kerana menelan rasa terkilan dan kecewa
yang berpanjangan.

Untuk menjadi seorang individu yang hebat
tidak perlu jadi orang lain
sebaliknya JADILAH DIRI SENDIRI.

Sentiasa rasa bersyukur,
nescaya sifat redha akan seiringan
dan kita akan menemui kekuatan sebenar diri kita.

Tetapi pada masa yang sama
sentiasalah koreksi diri
mencari dimana kelemahan diri
agar dapat dirungkai keluar
dan diperbaiki.

Dan akhirnya kita akan menemui bahawa
kita adalah ISTIMEWA.

Tidak Allah jadikan kita
sebagai sesuatu yang sia-sia.

Yang penting,
jadilah diri kita sendiri.
AKU ADALAH AKU
KAMU ADALAH KAMU
AKU BUKAN KAMU
DAN KAMU JUA BUKAN AKU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan